Posts

Showing posts with the label Laporan

[LAPORAN] MAJLIS PELANCARAN BLOG BKPSM DAN MALAM SATU HATI

Image
    KAHERAH, Mesir. Pada 27 Februari lalu, Badan Kebajikan Penuntut Sabah Mesir (BKPSM) telah menganjurkan Majlis Pelancaran Blog BKPSM dan Malam Satu Hati bertempat di Perpustakaan Al-Marjan, Wisma Yayasan Sabah Kaherah (WYSK). Majlis Pelancaran Blog BKPSM merupakan program “Kepentingan Satu” (K1) di bawah kelolaan AJKT BKPSM secara terus manakala Malam Satu Hati merupakan program “Kepentingan Dua” (K2) di bawah kelolaan Biro Sukan Dan Kebudayaan (BSUK).          Majlis dimulakan seawal pukul 7.50 malam dengan para hadirin disajikan dengan tayangan filem animasi 'Big Hero 6' bertempat di  sutuh  ( rooftop ) WYSK.     Pada pukul 9.20 malam, hadirin dipersilakan masuk ke dalam perpustakaan bagi memberi laluan kepada Majlis Pelancaran Blog dan Perasmian Malam Satu Hati. Ustaz Sabli bin Aliju, pegawai Wisma Yayasan Sabah Kaherah tiba diiringi Yang di-Pertua BKPSM, Saudara Pg Mohd Hanif Ag Omar dan barisan AJKT. Majlis ...

[LAPORAN] PELANCARAN USRAH GABUNGAN 2015

Image
KAHERAH, Mesir. Pada 20 Februari 2015, Biro Dakwah dan Tarbiah (BDAT) telah mengadakan majlis Pelancaran Usrah Gabungan 2015, bertempat di surau Wisma Yayasan Sabah Kaherah (WYSK). Majlis ini merupakan kesinambungan bagi usrah-usrah gabungan yang telah diadakan pada sesi-sesi yang lalu.     Dasar pelaksanaan program adalah bagi memberi kefahaman Islam yang jelas kepada para mahasiswa, dengan berdasarkan sumber ilmu yang betul dan terpimpin. Selain itu, ianya juga berfungsi bagi mewujudkan ruang diskusi dan perkongsian bagi memperkasakan thaqafah selai n mengeratkan lagi tali silaturrahim sesama ahli BKPSM.     Bukan itu sahaja, Usrah Gabungan ini juga diharapkan dapat menjadi medan latihan bagi para mahasiswa supaya berani tampil kehadapan bagi berkongsi ilmu serta membentuk akhlak dan sahsiah soleh berasaskan sirah.     Majlis telah dimulakan dengan bacaan Al-Fatihah diikuti dengan bacaan ayat suci Al-Quran oleh Saudara Mohd Hamdie Hajiri. Seterusn...

[LAPORAN] HARI PUTERI 2015

KAHERAH, Mesir.  Mahasiswi Sabah telah menganjurkan Hari Puteri 2015 dengan kerjasama Biro Sukan dan Kebudayaan, Badan Kebajikan Penuntut Sabah Mesir  dan Yayasan Sabah. Kehadiran peserta bagi program ini lebih kurang 50 peserta. Program sehari ini telah dimulakan dengan solat Subuh berjemaah dan tausiyah Subuh pada pukul 5.30 pagi. Para peserta disajikan dengan sarapan pada pukul 7 pagi di Apartmen 5 sebelum diteruskan dengan sesi pendaftaran pada pukul 8.30 pagi di Perpustakaan Al-Marjan, Wisma Yayasan Sabah Kaherah yang dikendalikan oleh Unit Pengisian iaitu Siti Atiqah binti Md Jeofrey, Nurussakinah binti Melih dan Sanihah Syahirah binti Ku Othman. Program pada sebelah pagi dimulakan dengan WiSa’s Open Session , iaitu pengenalan AJK WiSa, bacaan Qarar oleh Ketua WiSa iaitu Siti Maryam binti Dicky dan Q & A iaitu sesi soal jawab. Program diteruskan pada pukul 10.30 pagi dengan aktiviti berkumpulan pertama iaitu ‘ Humpty Dumpty Bridge’  yang dikendalikan ol...

[LAPORAN] PIALA BORNEO 2015

Image
KAHERAH, Mesir. Pada 28 hingga 31 Januari yang lalu, Badan Kebajikan Penuntut Sabah Mesir (BKPSM) dibawah kelolaan Biro Sukan dan Kebudayaan (BSUK) telah menganjurkan Kejohanan Piala Borneo Kali Pertama buat julung-julung kalinya. Kejohanan Piala Borneo merupakan acara sukan yang menyaksikan penganjuran kali pertama, program yang menghimpunkan anak-anak Borneo di seluruh Mesir iaitu dari Negeri Sabah, Negeri Sarawak, Negara Brunei Darussalam dan Kalimantan Indonesia. Kontinjen mahasiswa di Upacara Pembukaan     Kejohanan ini telah dilaksanakan dengan kerjasama Badan Kebajikan Penuntut Brunei Darussalam (BruCai), Ikatan Mahasiswa Sarawak (IMSAK) dan Keluarga Mahasiswa Kalimantan (KMKM), selain mendapat tajaan dari Yayasan Sabah. Kejohanan ini dianjurkan bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim sesama anak-anak Borneo yang menuntut di bumi Mesir selain menjadi medan mencungkil bakat dan kebolehan masing-masing. Dengan tema 'Pemangkin Perpaduan Serantau', ke...

[LAPORAN] KELAS TUTORIAL 'THE TRIUMPH' SIRI I

Image
KAHERAH, Mesir. Sebagai sebuah badan kebajikan yang menaungi anak-anak Sabah di Mesir, Badan Kebajikan Penuntut Sabah Mesir (BKPSM) sentiasa mengambil berat dan memantau perihal perkembangan akademik ahli-ahlinya yang menuntut dalam pelbagai bidang di beberapa buah universiti di Mesir.     Justeru, bagi mendukung prinsip sebuah badan kebajikan yang sentiasa cakna akan hal ini, BKPSM dibawah kelolaan Biro Akademik dan Hal Ehwal Pelajar (BAHEP) telah melaksanakan sebuah program berbentuk kelas bimbingan dan tutorial 'THE TRIUMPH ' siri pertama yang bertujuan bagi membantu mahasiswa dan mahasiswi Pengajian Islam khususnya dalam pembelajaran. Program ini dimulakan pada awal bulan Disember sehingga menjelang peperiksaan semester pertama.     Program ini dijalankan dalam bentuk belajar berkumpulan (study group) dengan dibimbing oleh seorang tutor, yang juga dari kalangan pelajar. Selain membuka peluang kepada pelajar untuk berdiskusi, program tutorial ini juga m...

[LAPORAN] MAULID NABI (SAW) DAN MALAM CINTA RASUL

Image
KAHERAH, Mesir. Bersempena dengan hari kelahiran junjungan besar kita Nabi Muhammad (SAW), Biro Dakwah dan Tarbiah (BDAT) telah mengadakan program Maulid Nabi (SAW) dan Malam Cinta Rasul pada 3 Januari yang lalu, bertempat di surau Wisma Yayasan Sabah Kaherah (WYSK).     Majlis dimulakan dengan bacaan selawat dan juga alunan burdah qasidah yang diketuai oleh saudara Ahmad Hamdie juga diiringi oleh semua hadirin yang hadir pada malam itu. Antara qasidah yang dialunkan adalah Qasidah Salaamun Salaam,A ssalaamualaik dan Ya Robbi bil Mustofa dan banyak lagi.     Seterusnya majlis diserikan dengan penyampaian tausiyah oleh Ustaz Masri bin Mohd Rosdi, graduan Syariah Islamiah Universiti Al-Azhar Dumyat. Tausiyah yang disampaikan bersesuaian dengan tema Malam Cinta Rasul yang mendefinisikan sirah Rasulullah (SAW) dalam segenap aspek.     Kemudian, majlis diteruskan dengan pembacaan ratib yang dikenali dengan 'Ratibul Haddad'. Ianya merupakan himpunan hadi...

[LAPORAN] TUHFATUL MAR'AH EDISI IMTIHAN

Image
KAHERAH, Mesir. Selaku unit yang bertanggungjawab membantu BKPSM dalam menjaga hal ehwal mahasiswi Sabah di seluruh Mesir, Mahasiswi Sabah (WiSA) sentiasa berusaha untuk menyediakan yang terbaik untuk para mahasiswi, bukan sahaja dari sudut perhubungan dan pembangunan akademik, tetapi juga dalam melaksanakan program-program kerohanian dan tarbiah.     Justeru, sebagai kesinambungan bagi usrah-usrah Tuhfatul Mar'ah yang telah diadakan sebelum ini, WiSA telah mengadakan Usrah Tuhfatul Mar'ah Edisi Imtihan pada 18 Disember yang lalu, bertempat di Syaqqah 8, Wisma Yayasan Sabah Kaherah (WYSK).     Usrah ini diadakan bertujuan bagi membangkitkan ruh peperiksaan dalam kalangan mahasiswi khususnya, selain menjadi medan perkongsian hati ke hati antara mahasiswi.     Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan Saudari Nur Farhana Abdul Kahar selalu naqibah usrah, diikuti dengan ucapan ringkas oleh Saudari Ubaidah Abdul Kadir, Timbalan Ketua Biro Akademik dan H...

[LAPORAN] PROGRAM MOTIVASI KECEMERLANGAN SIRI I

KAHERAH, Mesir. Bersempena dengan peperiksaan yang bakal berlangsung, Badan Kebajikan Penuntut Sabah Mesir (BKPSM) dibawah kelolaan Biro Akademik dan Hal Ehwal Pelajar (BAHEP) telah menganjurkan Program Motivasi Kecemerlangan Siri I pada 16 Disember 2014.     Program motivasi yang diadakan bertujuan untuk memberikan perangsang dan motivasi kepada para siswa dan siswi Sabah ini telah diadakan bertempat di Surau Wisma Yayasan Sabah Kaherah (WYSK) dan akan dijalankan secara bersiri, yang mana penganjuran kali ini merupakan siri yang pertama.      Untuk siri kali ini, slot motivasi akan disampaikan oleh Saudara Mohd Adzlan Robinson, yang merupakan mahasiswa tahun 4 Universiti Al-Azhar Kaherah dalam jurusan Syariah. Saudara Mohd Adzlan telah berkongsi banyak tips sebelum, semasa dan selepas menduduki peperiksaan kepada para mahasiswa dan mahasiswi, termasuklah teknik-teknik mengulangkaji, teknik membuat nota dan teknik menghafal.     Program mo...

[LAPORAN] SAMBUTAN MAHASISWA/I BARU SABAH (SMS) SESI 2014/2015

Image
KAHERAH, Mesir. Seperti pada tahun-tahun sebelumnya, kedatangan mahasiswa dan mahasiswi baru ke bumi Mesir amat dinanti-nantikan. BKPSM akan sedaya upaya menyediakan yang terbaik bagi memberi input dan pendedahan awal kepada mereka bagi meneruskan kehidupan sebagai penuntut ilmu. Justeru, bagi sesi ini BKPSM sekali lagi telah menerima kedatangan seramai 10 orang pelajar baru yang akan menuntut dalam pelbagai jurusan.     Program Sambutan Mahasiswa/I Baru Sabah (SMS) kali ini diadakan selama 5 hari iaitu pada 4 - 8 Disember 2014. Pelbagai aktiviti dan pengisian menarik telah disusun sesuai dengan keperluan pelajar-pelajar baru termasuklah slot pengenalan Ahli Jawatankuasa Tertinggi BKPSM, slot pengenalan Al-Azhar, slot Kesihatan dan Keselamatan serta slot Pengenalan Bahasa Arab 'Ammiyah. Slot Pengenalan AJKT BKPSM sesi 2014/2015      Slot Pengenalan Bahasa Arab 'Ammiyah oleh Ustaz Amrullah Amirudin     Selain itu, ...