Posts

Showing posts with the label BDAT

[MAKLUMAN] Solat Sunat Hifzi

Image
    Bersempena dengan Imtihan Fasa 2 yang bakal menjelang ini, inshaAllah pihak Biro Dakwah dan Tarbiah akan mengadakan Solat Sunat Hifzi pada hari Khamis ini selepas solat Isya'.     Oleh itu ahli BKPSM yang berkelapangan dijemput untuk hadir.  Semoga dengan solat sunat ini, usaha kita akan menjadi lebih berkat dan dipermudahkan oleh Allah Swt, inshaAllah. Disediakan oleh : Unit Teknologi dan Maklumat Biro Penerangan dan Penerbitan

[IKLAN] Program QIAM MEGA 1.0

Image
Assalamualaikum warahmatullah.     Qiam Mega merupakan program yang dijalankan secara serentak di setiap muhafazah. Untuk Qiam Mega 1.0 ini akan melibatkan muhafazah Kaherah dan muhafazah Mansoura sahaja. Ahli BKPSM disekitar Kaherah dan Mansoura dijemput untuk memeriahkan program ini. Butiran program adalah seperti yang tertera di dalam iklan. Disediakan oleh Unit Teknologi dan Maklumat Biro Penerangan dan Penerbitan Badan Kebajikan Penuntut Sabah Mesir

[GALERI] Program Usrah Gabungan

Image
Disediakan oleh Unit Teknologi dan Maklumat Biro Penerangan dan Penerbitan Badan Kebajikan Penuntut Sabah Mesir

[IKLAN] Program Usrah Gabungan

Image
Assalammualaikum W.B.T...     Makluman kepada semua ahli BKPSM, insha Allah pada 25 Febuari 2015 bersamaan 16 Jamadil Awal pada hari khamis, Biro Dakwah Dan Tarbiah akan mengadakan Program Usrah Gabungan akan diadakan bertempat di Rumah Sabah Banin,sabiek.     Oleh itu ,semua ahli yang berkelapangan dijemput hadir bagi memeriahkan lagi program pada ketetapan seperti yang berikut. Disediakan oleh Unit Teknologi dan Maklumat Biro Penerangan dan Penerbitan Badan Kebajikan Penuntut Sabah Mesir

[IKLAN] Sambutan Maulidur Rasul SAW dan Wida' Mutakhorrijin

Image
Disediakan oleh Unit Teknologi dan Maklumat Biro Penerangan dan Penerbitan Badan Kebajikan Penuntut Sabah Mesir

[IKLAN] Solat Hifzi Sempena Imtihan

Image
Assalammualaikum W.B.T      Makluman kepada semua ahli BKPSM, inshaAllah pada 17 Disember ini bersamaan pada hari Khamis akan diadakan majlis solat hifdz i sempena imtihan bertempat di surau WYSK selepas solat isya'. Oleh itu,semua ahli BKPSM yang berkelapangan dijemput untuk hadir pada ketetapan seperti yang berikut. [Anjuran Biro Dakwah Dan Tarbiah] Disediakan oleh Unit Teknologi dan Maklumat Biro Penerangan dan Penerbitan Badan Kebajikan Penuntut Sabah Mesir 

[IKLAN] PROGRAM MOTIVASI KECEMERLANGAN SIRI II DAN DISKUSI KITAB

Image
KAHERAH, Mesir.  Biro Akademik dan Hal Ehwal Pelajar (BAHEP) dengan kerjasama Biro Dakwah dan Tarbiah (BDAT) akan mengadakan Program Motivasi Kecemerlangan Siri II dan Diskusi Kitab pada 6 Mac 2015, bertempat di Dewan dan Surau Wisma Yayasan Sabah Kaherah (WYSK).     Para mahasiswa dan mahasiswi yang berkelapangan dijemput untuk bersama-sama menghadiri dan memeriahkan majlis ilmu tersebut bagi menambahkan ilmu pengetahuan.     Semoga program ini dapat dijalankan dengan lancar dan jayanya. Iklan disediakan oleh : Biro Akademik dan Hal Ehwal Pelajar (BAHEP) Badan Kebajikan Penuntut Sabah Mesir. Disediakan oleh, Unit Teknologi dan Maklumat, Biro Penerangan dan Penerbitan.

[LAPORAN] PELANCARAN USRAH GABUNGAN 2015

Image
KAHERAH, Mesir. Pada 20 Februari 2015, Biro Dakwah dan Tarbiah (BDAT) telah mengadakan majlis Pelancaran Usrah Gabungan 2015, bertempat di surau Wisma Yayasan Sabah Kaherah (WYSK). Majlis ini merupakan kesinambungan bagi usrah-usrah gabungan yang telah diadakan pada sesi-sesi yang lalu.     Dasar pelaksanaan program adalah bagi memberi kefahaman Islam yang jelas kepada para mahasiswa, dengan berdasarkan sumber ilmu yang betul dan terpimpin. Selain itu, ianya juga berfungsi bagi mewujudkan ruang diskusi dan perkongsian bagi memperkasakan thaqafah selai n mengeratkan lagi tali silaturrahim sesama ahli BKPSM.     Bukan itu sahaja, Usrah Gabungan ini juga diharapkan dapat menjadi medan latihan bagi para mahasiswa supaya berani tampil kehadapan bagi berkongsi ilmu serta membentuk akhlak dan sahsiah soleh berasaskan sirah.     Majlis telah dimulakan dengan bacaan Al-Fatihah diikuti dengan bacaan ayat suci Al-Quran oleh Saudara Mohd Hamdie Hajiri. Seterusn...

[IKLAN] PELANCARAN USRAH GABUNGAN 2015

Image
KAHERAH, Mesir. Bertepatan dengan salah satu matlamat penubuhan BKPSM iaitu bagi melatih dan mempersiapkan para da'ei dan intelektual yang berkarisma dan berkaliber, Biro Dakwah dan Tarbiah (BDAT) akan mengadakan program Pelancaran Usrah Gabungan BKPSM pada 20 Februari ini, bertempat di surau Wisma Yayasan Sabah Kaherah (WYSK).     Pelancaran Usrah Gabungan ini merupakan pembuka kepada aktiviti usrah gabungan kelolaan BDAT bagi sesi ini, yang mana ianya akan diadakan secara berkala.. Merupakan kesinambungan bagi usrah gabungan pada sesi-sesi yang lalu, program ini dijalankan bertujuan untuk menanamkan perasaan cintakan usrah dan tarbiah dalam kalangan anak-anak Sabah, selain bagi mengeratkan kasih sayang dan ukhuwah sesama anak-anak Sabah, bersesuaian dengan konsep usrah itu sendiri.     Untuk Usrah Gabungan kali ini, tazkirah akan disampaikan oleh Saudara Mohd Adzlan bin Robinson dan Saudari Nurussakinah binti Melih, kedua-duanya merupakan penuntut di Univers...

[LAPORAN] MAULID NABI (SAW) DAN MALAM CINTA RASUL

Image
KAHERAH, Mesir. Bersempena dengan hari kelahiran junjungan besar kita Nabi Muhammad (SAW), Biro Dakwah dan Tarbiah (BDAT) telah mengadakan program Maulid Nabi (SAW) dan Malam Cinta Rasul pada 3 Januari yang lalu, bertempat di surau Wisma Yayasan Sabah Kaherah (WYSK).     Majlis dimulakan dengan bacaan selawat dan juga alunan burdah qasidah yang diketuai oleh saudara Ahmad Hamdie juga diiringi oleh semua hadirin yang hadir pada malam itu. Antara qasidah yang dialunkan adalah Qasidah Salaamun Salaam,A ssalaamualaik dan Ya Robbi bil Mustofa dan banyak lagi.     Seterusnya majlis diserikan dengan penyampaian tausiyah oleh Ustaz Masri bin Mohd Rosdi, graduan Syariah Islamiah Universiti Al-Azhar Dumyat. Tausiyah yang disampaikan bersesuaian dengan tema Malam Cinta Rasul yang mendefinisikan sirah Rasulullah (SAW) dalam segenap aspek.     Kemudian, majlis diteruskan dengan pembacaan ratib yang dikenali dengan 'Ratibul Haddad'. Ianya merupakan himpunan hadi...

LIQA' NUQABA' DAN PELANCARAN USRAH BKPSM SESI 2014

Image
Bagi menyelaraskan kegiatan usrah bagi setiap syaqqah dan rumah-rumah lainnya, Biro Dakwah dan Tarbiah ( BDAT ) mengadakan satu perjumpaan khas untuk naqib dan naqibah dari setiap kediaman ahli BKPSM. Liqa' ini diadakan pada 18 mac 2018 bertempat di surau WYSK selepas solat maghrib, pukul 7.45 malam. SENARAI NAMA NUQABA' BKPSM 2014 IKHWAH : 1) PG MOHD FAEZUL FIKRI BIN AG OMAR 2) MOHD NAHAR BIN NOORUN 3) MOHD AFIQ AISAMUDIN BIN SABUDIN 4) MUHAMMAD HAFIF BIN HANAFI 5) MOHD FAKHRURIZAL MATDIRIS 6) MOHD FAKHRI BIN MAHMUD 7) MOHD FIKRI BIN PUTUNG 8) MOHAMMAD FAIZEE BIN WAHIDIN 9) MOHD NAZRI BIN TAJUDIN 10) MOHAMMAD AMIN BIN DAHLAN 11) MOHAMMAD ARASH BIN ABDUL GHANI AKHAWAT : 1) NURWAMA BINTI ABDUL WAHID 2) DAYANG SYAHIRAH NASUHA BINTI NURSHID 3) NOOR AMIRAH BINTI SALIMIN 4) SYAFINA BINTI RUSDIN 5) NURFARIHIN BINTI MOHD AZID 6) SHAIMA' ARSHAD sekian terima kasih.

TALAQQI MIRATH

Talaqqi ini adalah anjuran Biro Dakwah dan Tarbiah ( BDAT ). Bertempat di surau WYSK, talaqqi ini bermula pada 28 Februari hingga 8 Mac 2014, dan diajar oleh seorang ustaz indonesia, Ustaz Hafiz Shafitri. Seramai 17 orang banat menyertai kelas talaqqi ini, yang berakhir pada 8 mac dengan satu peperiksaan mini untuk para peserta bagi menguji sejauh mana ilmu yang diperolehi sepanjang talaqqi ini dijalankan, diteruskan dengan majlis makan kecil-kecilan bagi meraikan berakhirnya kelas tersebut. Ustaz Hafiz Shafitri kemudian memberi setiap pelajarnya sijil menandakan mereka adalah pelajar yang cemerlang dalam mirath. sekian terima kasih