Posts

Showing posts with the label BAHEP

[MAKLUMAN] Program Motivasi Kecemerlangan Siri II

Image
    InshaAllah pada 20 April 2016 nanti pihak Biro Akademik dan Hal Ehwal Pelajar (BAHEP) akan mengadakan Program Motivasi Kecemerlangan Siri 2 sebagai persediaan sebelum menempuh Imtihan yang bakal bermula tidak lama lagi.    Oleh itu ahli BKPSM yang berkelapangan dijemput untuk hadir sama-sama memeriahkan majlis ilmu ini. Disediakan oleh : Unit Teknologi dan Maklumat Biro Penerangan dan Penerbitan

[MAKLUMAN] Jadual Kelas Tutorial The Triumph

Image
Assalamualaikum W.B.T.     Alhamdulillah, kelas tutorial siri 4 di bawah program 'The Triumph' kembali menemui anda. Kepada pelajar-pelajar yang terlibat boleh merujuk kepada tutor masing-masing.      Sekiranya ada pertanyaan boleh terus merujuk kepada Ketua BAHEP Sdra. Amirun husna bin Amir Hamzah dan Timbalan Sdri. Dg.Syahirah Nasuha binti Nurshid.  "افضل الصدقة ان يتعلم المرء المسلم علما ثم يعلمه اخاه المسلم" "Sedekah yang paling utama adalah seseorang muslim yang mempelajari ilmu kemudian mengajarkannya kepada saudaranya sesama muslim" (HR Ibnu Majah No : 329) Disediakan oleh Unit Teknologi dan Maklumat Biro Penerangan dan Penerbitan Badan Kebajikan Penuntut Sabah Mesir

[IKLAN] Forum Motivasi Kecemerlangan Siri I

Image
Disediakan oleh Unit Teknologi dan Maklumat Biro Penerangan dan Penerbitan Badan Kebajikan Penuntut Sabah Mesir

[IKLAN] PROGRAM MOTIVASI KECEMERLANGAN SIRI II DAN DISKUSI KITAB

Image
KAHERAH, Mesir.  Biro Akademik dan Hal Ehwal Pelajar (BAHEP) dengan kerjasama Biro Dakwah dan Tarbiah (BDAT) akan mengadakan Program Motivasi Kecemerlangan Siri II dan Diskusi Kitab pada 6 Mac 2015, bertempat di Dewan dan Surau Wisma Yayasan Sabah Kaherah (WYSK).     Para mahasiswa dan mahasiswi yang berkelapangan dijemput untuk bersama-sama menghadiri dan memeriahkan majlis ilmu tersebut bagi menambahkan ilmu pengetahuan.     Semoga program ini dapat dijalankan dengan lancar dan jayanya. Iklan disediakan oleh : Biro Akademik dan Hal Ehwal Pelajar (BAHEP) Badan Kebajikan Penuntut Sabah Mesir. Disediakan oleh, Unit Teknologi dan Maklumat, Biro Penerangan dan Penerbitan.

[MAKLUMAN] JADUAL KELAS TUTORIAL PROGRAM THE TRIUMPH SIRI II

Image
*Tertakluk kepada perubahan yang akan diumumkan oleh pihak BAHEP dari masa ke semasa. Diharap agar semua pelajar dapat merujuk kepada tutor-tutor yang telah ditetapkan. Makluman oleh : Biro Akademik dan Hal Ehwal Pelajar (BAHEP) Badan Kebajikan Penuntut Sabah Mesir. Disediakan oleh, Unit Teknologi dan Maklumat, Biro Penerangan dan Penerbitan.

[TEASER] PROGRAM 'THE TRIUMPH' SIRI II

Image
AKAN DATANG

[LAPORAN] KELAS TUTORIAL 'THE TRIUMPH' SIRI I

Image
KAHERAH, Mesir. Sebagai sebuah badan kebajikan yang menaungi anak-anak Sabah di Mesir, Badan Kebajikan Penuntut Sabah Mesir (BKPSM) sentiasa mengambil berat dan memantau perihal perkembangan akademik ahli-ahlinya yang menuntut dalam pelbagai bidang di beberapa buah universiti di Mesir.     Justeru, bagi mendukung prinsip sebuah badan kebajikan yang sentiasa cakna akan hal ini, BKPSM dibawah kelolaan Biro Akademik dan Hal Ehwal Pelajar (BAHEP) telah melaksanakan sebuah program berbentuk kelas bimbingan dan tutorial 'THE TRIUMPH ' siri pertama yang bertujuan bagi membantu mahasiswa dan mahasiswi Pengajian Islam khususnya dalam pembelajaran. Program ini dimulakan pada awal bulan Disember sehingga menjelang peperiksaan semester pertama.     Program ini dijalankan dalam bentuk belajar berkumpulan (study group) dengan dibimbing oleh seorang tutor, yang juga dari kalangan pelajar. Selain membuka peluang kepada pelajar untuk berdiskusi, program tutorial ini juga m...

[LAPORAN] PROGRAM MOTIVASI KECEMERLANGAN SIRI I

KAHERAH, Mesir. Bersempena dengan peperiksaan yang bakal berlangsung, Badan Kebajikan Penuntut Sabah Mesir (BKPSM) dibawah kelolaan Biro Akademik dan Hal Ehwal Pelajar (BAHEP) telah menganjurkan Program Motivasi Kecemerlangan Siri I pada 16 Disember 2014.     Program motivasi yang diadakan bertujuan untuk memberikan perangsang dan motivasi kepada para siswa dan siswi Sabah ini telah diadakan bertempat di Surau Wisma Yayasan Sabah Kaherah (WYSK) dan akan dijalankan secara bersiri, yang mana penganjuran kali ini merupakan siri yang pertama.      Untuk siri kali ini, slot motivasi akan disampaikan oleh Saudara Mohd Adzlan Robinson, yang merupakan mahasiswa tahun 4 Universiti Al-Azhar Kaherah dalam jurusan Syariah. Saudara Mohd Adzlan telah berkongsi banyak tips sebelum, semasa dan selepas menduduki peperiksaan kepada para mahasiswa dan mahasiswi, termasuklah teknik-teknik mengulangkaji, teknik membuat nota dan teknik menghafal.     Program mo...

[IKLAN] MOTIVASI KECEMERLANGAN SIRI I

Image
KAHERAH, Mesir. Bersempena dengan peperiksaan semester pertama yang bakal menjelang tidak lama lagi, Biro Akademik dan Hal Ehwal Pelajar (BAHEP) akan mengadakan program Motivasi Kecemerlangan pada 16 Disember 2014.     Program Motivasi ini diadakan bertujuan untuk membangkitkan semangat para mahasiswa/i sebelum menghadapi peperiksaan disamping berkongsi tip-tip kecemerlangan berguna yang akan disampaikan oleh Saudara Mohd Adzlan bin Robinson.     Semua ahli BKPSM dijemput untuk menghadiri program motivasi yang akan diadakan di surau Wisma Yayasan Sabah Kaherah (WYSK).     Semoga program ini akan dapat dijalankan dengan lancar serta dapat mencapai matlamat yang disasarkan. Disediakan oleh, Unit Teknologi dan Maklumat Biro Penerangan dan Penerbitan.

[IKLAN] Program Minggu Bahasa

Image