Posts

RAMADHAN 2017M / 1438AH

Image
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Alhamdulillah, bersyukur atas segala nikmat yang diberikan oleh Allah S.W.T. Sekali lagi alhamdulillah, kita bertemu di bulan mulia yang penuh barakah ini iaitu bulan Ramadhan dimana kita sebagai umat islam wajib menunaikan rukun islam yang ketiga ( Berpuasa di bulan Ramadhan ). Kami daripada Badan Kebajikan Penuntut Sabah Mesir mengucapkan selamat berpuasa buat semua kaum muslimin dan muslimat terutama keluarga yang berada di Sabah dan sahabat-sahabat perantau yang berjuang di bumi kinanah ini. Semoga kita semua dapat beramal dengan baik dan mengambil ibrah daripada bulan yang mulia ini. Salam Ramadhan daripada kami yang berada di perantauan ini! Ramadhan Kareem!

SAMBUTAN PELAJAR BAHARU SABAH MESIR SESI 2017/2018

Image
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Alhamdulillah...mahasiwa baharu sabah sesi 2017/2018 telah selamat tiba ke bumi mesir pada 26 April 2017. Seramai 33 org pelajar yang bakal melanjutkan pelajaran ke universiti Al-azhar. Doakan semoga perjalanan mereka disini dipermudahkan oleh Allah SWT. 'MEMANTAP KEILMUAN MEMPERKASA KEPIMPINAN'

UNIT DELEGASI MUHAFAZAH MAHASISWA SABAH MESIR (DEMMAS) BKPSM SESI 2016/2017

Image
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Unit Delegasi Muhafazah Mahasiswa Sabah Mesir (DEMMAS) DEMMAS atau Delegasi Muhafazah Mahasiswa Sabah Mesir merupakan sebuah unit yang memainkan peranan penting dalam menghubungan mahasiswa dan mahasiswi di cawangan luar kaherah (Mansoura, Tanta, Zaqaziq, Iskandariah) dengan cawangan pusat di Kaherah. Unit ini juga berperanan untuk memastikan hal ehwal semasa mahasiswa di cawangan luar kaherah disamping merancang mengadakan aktiviti yang berkaitan. "KITA KELUARGA B.K.P.S.M" 'Tak Kenal Maka Tak Cinta'

UNIT MAHASISWI SABAH (WISA) BKPSM SESI 2016/2017

Image
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Unit Mahasiswi Sabah (WiSA) Unit Mahasiswi Sabah (WiSA) adalah sebuah unit yang bertanggungjawab dalam menjaga kebajikan dan hal ehwal khusus untuk mahasiswi Sabah di Mesir. Unit ini juga berperanan dalam merancang dan mengadakan aktiviti samada khusus untuk mahasiswi sahaja atau pun terbuka kepada semua mahasiswa Sabah. "MUSLIMAH SEJATI PENERAJU GENERASI" 'Tak Kenal Maka Tak Cinta'

BIRO DAKWAH DAN TARBIAH (BDAT) BKPSM SESI 2016/2017

Image
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Biro Dakwah Dan Tarbiah (BDAT) Biro Dakwah dan Tarbiah (BDAT) merupakan sebuah biro yang bertanggungjawab dalam merancang dan melaksanakan aktiviti kerohanian, keagamaan dan dakwah. Walaupun dilihat mempunya bidang tugas yang sedikit namun biro ini memainkan peranan yang cukup besar di dalam persatuan. Menjadi keutamaan biro ini untuk mengadakan program yang mampu membentuk sahsiah serta melahirkan para da'i yang berkaliber. 'خير الناس انفعهم للناس' 'Tak Kenal Maka Tak Cinta'

BIRO AKADEMIK DAN HAL EHWAL PELAJAR (BAHEP) BKPSM SESI 2016/2017

Image
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Biro Akademik dan Hal Ehwal Pelajar (BAHEP)  Biro Akademik dan Hal Ehwal Pelajar (BAHEP) merupakan biro yang bertanggungjawab dalam kebajikan akademik pelajar dan hal ehwal pelajar terutama untuk mahasiswa baharu. Biro ini akan merancang dan mengadakan program berbentuk akademik di samping berusaha untuk meningkatkan prestasi akademik mahasiswa Sabah di Mesir. Berikut adalah carta organisasi jawatankuasa BAHEP diikuti moto dan bidang tugas menyeluruh bagi biro ini. 'BAHEP FLY HIGH' 'Tak Kenal Maka Tak Cinta'

BIRO KEBAJIKAN DAN LAWATAN (BKEL) BKPSM SESI 2016/2017

Image
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Biro Kebajikan Dan Lawatan (BKEL) Biro Kebajikan dan Lawatan atau BKEL secara umumnya merupakan biro yang bertanggungjawab dalam menjaga aspek kebajikan ahli. Biro ini juga bertanggungjawab dalam menjalankan program-program yang berbentuk lawatan ilmiah. Dahulu, Biro Kebajikan dan Lawatan ini dikenali sebagai Biro Kebajikan dan Rehlah (BKER) sebelum ia ditukar kepada Lawatan setelah disahkan oleh barisan penggubal undang-undang tubuh 2012. 'KEBAJIKAN DIRAI, KESATUAN DIKECAPI' 'Tak Kenal Maka Tak Cinta'