Posts

Showing posts with the label Motivasi

[IKLAN] Forum Motivasi Kecemerlangan Siri I

Image
Disediakan oleh Unit Teknologi dan Maklumat Biro Penerangan dan Penerbitan Badan Kebajikan Penuntut Sabah Mesir

[IKLAN] PROGRAM MOTIVASI KECEMERLANGAN SIRI II DAN DISKUSI KITAB

Image
KAHERAH, Mesir.  Biro Akademik dan Hal Ehwal Pelajar (BAHEP) dengan kerjasama Biro Dakwah dan Tarbiah (BDAT) akan mengadakan Program Motivasi Kecemerlangan Siri II dan Diskusi Kitab pada 6 Mac 2015, bertempat di Dewan dan Surau Wisma Yayasan Sabah Kaherah (WYSK).     Para mahasiswa dan mahasiswi yang berkelapangan dijemput untuk bersama-sama menghadiri dan memeriahkan majlis ilmu tersebut bagi menambahkan ilmu pengetahuan.     Semoga program ini dapat dijalankan dengan lancar dan jayanya. Iklan disediakan oleh : Biro Akademik dan Hal Ehwal Pelajar (BAHEP) Badan Kebajikan Penuntut Sabah Mesir. Disediakan oleh, Unit Teknologi dan Maklumat, Biro Penerangan dan Penerbitan.

[LAPORAN] PROGRAM MOTIVASI KECEMERLANGAN SIRI I

KAHERAH, Mesir. Bersempena dengan peperiksaan yang bakal berlangsung, Badan Kebajikan Penuntut Sabah Mesir (BKPSM) dibawah kelolaan Biro Akademik dan Hal Ehwal Pelajar (BAHEP) telah menganjurkan Program Motivasi Kecemerlangan Siri I pada 16 Disember 2014.     Program motivasi yang diadakan bertujuan untuk memberikan perangsang dan motivasi kepada para siswa dan siswi Sabah ini telah diadakan bertempat di Surau Wisma Yayasan Sabah Kaherah (WYSK) dan akan dijalankan secara bersiri, yang mana penganjuran kali ini merupakan siri yang pertama.      Untuk siri kali ini, slot motivasi akan disampaikan oleh Saudara Mohd Adzlan Robinson, yang merupakan mahasiswa tahun 4 Universiti Al-Azhar Kaherah dalam jurusan Syariah. Saudara Mohd Adzlan telah berkongsi banyak tips sebelum, semasa dan selepas menduduki peperiksaan kepada para mahasiswa dan mahasiswi, termasuklah teknik-teknik mengulangkaji, teknik membuat nota dan teknik menghafal.     Program mo...