[LAPORAN] PROGRAM MOTIVASI KECEMERLANGAN SIRI I

KAHERAH, Mesir. Bersempena dengan peperiksaan yang bakal berlangsung, Badan Kebajikan Penuntut Sabah Mesir (BKPSM) dibawah kelolaan Biro Akademik dan Hal Ehwal Pelajar (BAHEP) telah menganjurkan Program Motivasi Kecemerlangan Siri I pada 16 Disember 2014.

    Program motivasi yang diadakan bertujuan untuk memberikan perangsang dan motivasi kepada para siswa dan siswi Sabah ini telah diadakan bertempat di Surau Wisma Yayasan Sabah Kaherah (WYSK) dan akan dijalankan secara bersiri, yang mana penganjuran kali ini merupakan siri yang pertama.

     Untuk siri kali ini, slot motivasi akan disampaikan oleh Saudara Mohd Adzlan Robinson, yang merupakan mahasiswa tahun 4 Universiti Al-Azhar Kaherah dalam jurusan Syariah. Saudara Mohd Adzlan telah berkongsi banyak tips sebelum, semasa dan selepas menduduki peperiksaan kepada para mahasiswa dan mahasiswi, termasuklah teknik-teknik mengulangkaji, teknik membuat nota dan teknik menghafal.

    Program motivasi kali ini telah dihadiri oleh seramai 40 orang pelajar dan dirasmikan oleh Saudara Pg Mohd Hanif Ag Omar selaku Yang di-Pertua BKPSM bagi sesi ini.

    Diharapkan agar penganjuran motivasi kecemerlangan ini mampu memberikan input berguna dan kesan positif kepada para mahasiswa dan mahasiswi, seterusnya membantu mereka membuat persediaan secukupnya bagi menghadapi peperiksaan yang bakal menjelma.

    Jutaan penghargaan diucapkan kepada Saudara Mohd Adzlan Robinson atas kesudian menyampaikan motivasi dan tips-tips berguna. Juga kepada barisan AJKT, jawatankuasa pelaksana dan para mahasiswa dan mahasiswi yang telah hadir bagi memeriahkan program motivasi siri pertama ini. Semoga usaha kecil ini akan mendapat ganjaran pahala dari Allah SWT.

Selamat menduduki peperiksaan.


Laporan oleh:
Biro Akademik dan Hal Ehwal Pelajar (BAHEP)
Badan Kebajikan Penuntut Sabah Mesir.




Disediakan oleh,
Unit Teknologi dan Maklumat,
Biro Penerangan dan Penerbitan.

Comments

Popular posts from this blog

BIRO PENERANGAN DAN PENERBITAN (BPP) BKPSM SESI 2016/2017

BIRO DAKWAH DAN TARBIAH (BDAT) BKPSM SESI 2016/2017

BIRO SUKAN DAN KEBUDAYAAN (BPP) BKPSM SESI 2016/2017