[LAPORAN] TUHFATUL MAR'AH EDISI IMTIHAN


KAHERAH, Mesir. Selaku unit yang bertanggungjawab membantu BKPSM dalam menjaga hal ehwal mahasiswi Sabah di seluruh Mesir, Mahasiswi Sabah (WiSA) sentiasa berusaha untuk menyediakan yang terbaik untuk para mahasiswi, bukan sahaja dari sudut perhubungan dan pembangunan akademik, tetapi juga dalam melaksanakan program-program kerohanian dan tarbiah.

    Justeru, sebagai kesinambungan bagi usrah-usrah Tuhfatul Mar'ah yang telah diadakan sebelum ini, WiSA telah mengadakan Usrah Tuhfatul Mar'ah Edisi Imtihan pada 18 Disember yang lalu, bertempat di Syaqqah 8, Wisma Yayasan Sabah Kaherah (WYSK).

    Usrah ini diadakan bertujuan bagi membangkitkan ruh peperiksaan dalam kalangan mahasiswi khususnya, selain menjadi medan perkongsian hati ke hati antara mahasiswi.

    Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan Saudari Nur Farhana Abdul Kahar selalu naqibah usrah, diikuti dengan ucapan ringkas oleh Saudari Ubaidah Abdul Kadir, Timbalan Ketua Biro Akademik dan Hal Ehwal Pelajar (BAHEP). Antara intipati ucapan beliau adalah mengingatkan para mahasiswi agar sentiasa memperbaharui niat dalam menuntut ilmu. Beliau juga mengharapkan agar semua mahasiswi dapat menempuhi peperiksaan dengan tenang dan yakin.



    Usrah diteruskan dengan pengisian slot iaitu Slot Tafsir yang disampaikan oleh Saudari Sanihah Syahirah Ku Othman, Slot Kesihatan oleh Saudari Nur 'Afifatulhadi Haidon dan perkongsian motivasi khas oleh Ustazah Nurulhuda Abdul Kadir, graduan Syariah Islamiah Universiti Al-Azhar Iskandariah.

    Akhir sekali, para mahasiswi menunaikan  solat fardhu Isyak berjemaah, solat sunat hajat dan bermaaf-maafan sebelum menikmati jamuan yang dihidangkan oleh tuan rumah.

    Semoga Usrah Tuhfatul Mar'ah Edisi Imtihan ini dapat memberikan input tambahan berguna kepada para mahasiswi sebagai bekalan menghadapi peperiksaan yang akan datang.


Laporan oleh:
Mahasiswi Sabah (WiSA)



Disediakan oleh,
Unit Teknologi dan Maklumat
Biro Penerangan dan Penerbitan.

Comments

Popular posts from this blog

BIRO PENERANGAN DAN PENERBITAN (BPP) BKPSM SESI 2016/2017

BIRO DAKWAH DAN TARBIAH (BDAT) BKPSM SESI 2016/2017

BIRO SUKAN DAN KEBUDAYAAN (BPP) BKPSM SESI 2016/2017