Posts

Showing posts from 2014

[LAPORAN] TUHFATUL MAR'AH EDISI IMTIHAN

Image
KAHERAH, Mesir. Selaku unit yang bertanggungjawab membantu BKPSM dalam menjaga hal ehwal mahasiswi Sabah di seluruh Mesir, Mahasiswi Sabah (WiSA) sentiasa berusaha untuk menyediakan yang terbaik untuk para mahasiswi, bukan sahaja dari sudut perhubungan dan pembangunan akademik, tetapi juga dalam melaksanakan program-program kerohanian dan tarbiah.     Justeru, sebagai kesinambungan bagi usrah-usrah Tuhfatul Mar'ah yang telah diadakan sebelum ini, WiSA telah mengadakan Usrah Tuhfatul Mar'ah Edisi Imtihan pada 18 Disember yang lalu, bertempat di Syaqqah 8, Wisma Yayasan Sabah Kaherah (WYSK).     Usrah ini diadakan bertujuan bagi membangkitkan ruh peperiksaan dalam kalangan mahasiswi khususnya, selain menjadi medan perkongsian hati ke hati antara mahasiswi.     Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan Saudari Nur Farhana Abdul Kahar selalu naqibah usrah, diikuti dengan ucapan ringkas oleh Saudari Ubaidah Abdul Kadir, Timbalan Ketua Biro Akademik dan Hal Ehwal Pelajar (BAH

[LAPORAN] PROGRAM MOTIVASI KECEMERLANGAN SIRI I

KAHERAH, Mesir. Bersempena dengan peperiksaan yang bakal berlangsung, Badan Kebajikan Penuntut Sabah Mesir (BKPSM) dibawah kelolaan Biro Akademik dan Hal Ehwal Pelajar (BAHEP) telah menganjurkan Program Motivasi Kecemerlangan Siri I pada 16 Disember 2014.     Program motivasi yang diadakan bertujuan untuk memberikan perangsang dan motivasi kepada para siswa dan siswi Sabah ini telah diadakan bertempat di Surau Wisma Yayasan Sabah Kaherah (WYSK) dan akan dijalankan secara bersiri, yang mana penganjuran kali ini merupakan siri yang pertama.      Untuk siri kali ini, slot motivasi akan disampaikan oleh Saudara Mohd Adzlan Robinson, yang merupakan mahasiswa tahun 4 Universiti Al-Azhar Kaherah dalam jurusan Syariah. Saudara Mohd Adzlan telah berkongsi banyak tips sebelum, semasa dan selepas menduduki peperiksaan kepada para mahasiswa dan mahasiswi, termasuklah teknik-teknik mengulangkaji, teknik membuat nota dan teknik menghafal.     Program motivasi kali ini telah dihadiri ole

[LAPORAN] SAMBUTAN MAHASISWA/I BARU SABAH (SMS) SESI 2014/2015

Image
KAHERAH, Mesir. Seperti pada tahun-tahun sebelumnya, kedatangan mahasiswa dan mahasiswi baru ke bumi Mesir amat dinanti-nantikan. BKPSM akan sedaya upaya menyediakan yang terbaik bagi memberi input dan pendedahan awal kepada mereka bagi meneruskan kehidupan sebagai penuntut ilmu. Justeru, bagi sesi ini BKPSM sekali lagi telah menerima kedatangan seramai 10 orang pelajar baru yang akan menuntut dalam pelbagai jurusan.     Program Sambutan Mahasiswa/I Baru Sabah (SMS) kali ini diadakan selama 5 hari iaitu pada 4 - 8 Disember 2014. Pelbagai aktiviti dan pengisian menarik telah disusun sesuai dengan keperluan pelajar-pelajar baru termasuklah slot pengenalan Ahli Jawatankuasa Tertinggi BKPSM, slot pengenalan Al-Azhar, slot Kesihatan dan Keselamatan serta slot Pengenalan Bahasa Arab 'Ammiyah. Slot Pengenalan AJKT BKPSM sesi 2014/2015      Slot Pengenalan Bahasa Arab 'Ammiyah oleh Ustaz Amrullah Amirudin     Selain itu, turut diadakan aktiviti berkump

[LAPORAN DAN ARKIB] Majlis Ramah Mesra bersama Yang Berhormat Datuk Hj Mohd Ariffin bin Mohd Arif

Image
KAHERAH, Mesir. Pada 14 Disember 2014 yang lalu, satu Majlis Ramah Mesra dan Sesi Dialog bersama Yang Berhormat Datuk Haji Mohd Arifin bin Mohd Arif telah diadakan di Dewan Tun Mustapha, Wisma Yayasan Sabah Kaherah, Mesir.     Majlis tersebut turut dihadiri oleh Pegawai Wisma Yayasan Sabah Kaherah, Ustaz Sabli bin Aliju serta mahasiswa dan mahasiswi Sabah yang menuntut di universiti sekitar Kaherah, Zaqazig dan Tanta.     Majlis dimulakan pada pukul 7.30 malam dengan dipengerusikan oleh Saudari Noor Amirah binti Salimin. Majlis dibuka dengan para hadirin melaungkan zikir Asmaul Husna, diikuti dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Sabah Tanah Airku dan Lagu BKPSM. Seterusnya, ucapan alu-aluan disampaikan oleh Saudara Pg. Mohd Hanif bin Ag. Omar selaku Yang Di-Pertua Badan Kebajikan Penuntut Sabah Mesir (BKPSM) Sesi 2014/2015.     Seterusnya para mahasiswa dan mahasiswi mendengarkan ucapan dan amanat oleh Yang Berbahagia Datuk Haji Mohd Arifin bin Mohd Arif. Dalam ucapa

[IKLAN] MOTIVASI KECEMERLANGAN SIRI I

Image
KAHERAH, Mesir. Bersempena dengan peperiksaan semester pertama yang bakal menjelang tidak lama lagi, Biro Akademik dan Hal Ehwal Pelajar (BAHEP) akan mengadakan program Motivasi Kecemerlangan pada 16 Disember 2014.     Program Motivasi ini diadakan bertujuan untuk membangkitkan semangat para mahasiswa/i sebelum menghadapi peperiksaan disamping berkongsi tip-tip kecemerlangan berguna yang akan disampaikan oleh Saudara Mohd Adzlan bin Robinson.     Semua ahli BKPSM dijemput untuk menghadiri program motivasi yang akan diadakan di surau Wisma Yayasan Sabah Kaherah (WYSK).     Semoga program ini akan dapat dijalankan dengan lancar serta dapat mencapai matlamat yang disasarkan. Disediakan oleh, Unit Teknologi dan Maklumat Biro Penerangan dan Penerbitan.

[MAKLUMAN] Carta Organisasi Ahli Jawatankuasa Tertinggi BKPSM TERKIN

Image
Carta Organisasi Ahli Jawatankuasa Tertinggi BKPSM

[LAPORAN] Majlis Malam Penghargaan dan Pelancaran SMS

Image
Para graduan bergambar kenangan. KAHERAH, Mesir. Pada 4 Disember yang lalu, Badan Kebajikan Penuntut Sabah Mesir telah menganjurkan program Majlis Malam Penghargaan dan Pelancaran Sambutan Mahasiswa/I baru Sabah (SMS) 2014, bertempat di Restoran El-Saraya, Nile, Zamalik.     Majlis Malam Penghargaan merupakan satu inisiatif BKPSM bagi memberikan aspresiasi kepada graduan-graduanita Universiti Al-Azhar seluruh Mesir yang telah berjaya menamatkan pengajian. Sambutan Mahasiswa/I baru Sabah (SMS) pula adalah program orientasi yang diadakan khusus untuk pelajar-pelajar baru. Persembahan puisi oleh mahasiswi baru. Pelajar-pelajar baru (mahasiswa)     Majlis dimulakan dengan ucapan laungan zikir Asmaul Husna, nyanyian lagu Negaraku, Sabah Tanah Airku dan lagu BKPSM. Majlis diteruskan dengan ucapan wakil pelajar baru, Saudara Mohd Fauzan Adzim Mazania dan wakil graduan, Ustaz Amrullah Amiruddin. Seterusnya, ucapan perasmian disampaikan oleh Saudara Pg. Mohd Hanif Ag Omar sel

[MAKLUMAN] Tentatif Program Sambutan Mahasiswa/Wi Baru Sabah Mesir (SMS)

Image

[IKLAN] Program Minggu Bahasa

Image

[IKLAN] Program Sambutan Mahasiswa/wi Baru Sabah

Image

[LAPORAN] TUHFATUL MAR'AH

Image
KAHERAH, Mesir. Tuhfatul Mar'ah merupakan nama bagi program usrah mingguan mahasiswi yang dikelokan oleh Mahasiswi Sabah (WiSA) dengan kerjasama Diro Dakwah dan Tarbiah (BDAT). Usrah ini mula diwujudkan pada tahun 2011 yang mana ianya merupakan cetusan idea oleh TYDP II merangkap ketua WiSA ketika itu, Ustazah Azlinah Abdul Gani, dan diteruskan lagi oleh kepimpinan WiSA hingga sekarang bertujuan bagi mendekatkan para mahasiswi dengan sistem usrah selain bagi mengeratkan silaturrahim.     Justeru, sebagai kesinambungan usrah Tuhfatul Mar'ah sebelum ini, WiSA telah menetapkan tarikh 27 November 2014 sebagai usrah pertama bagi sesi ini. Usrah kali ini telah diadakan di syaqqah 11 dengan kehadiran seramai 30 orang mahasiswi.     Beberapa pengisian slot telah disediakan, iaitu Slot Hadis oleh Saudari Suarni Munib. Slot Tafsir oleh Saudari Ubaidah Abdul Kadir dan Slot Sirah Nabawiah oleh Saudari Nurussakinah Melih.     Kemudian telah diadakan sesi pengenalan AJK WiSA yang