[LAPORAN] TUHFATUL MAR'AH
KAHERAH, Mesir. Tuhfatul Mar'ah merupakan nama bagi program usrah mingguan mahasiswi yang dikelokan oleh Mahasiswi Sabah (WiSA) dengan kerjasama Diro Dakwah dan Tarbiah (BDAT). Usrah ini mula diwujudkan pada tahun 2011 yang mana ianya merupakan cetusan idea oleh TYDP II merangkap ketua WiSA ketika itu, Ustazah Azlinah Abdul Gani, dan diteruskan lagi oleh kepimpinan WiSA hingga sekarang bertujuan bagi mendekatkan para mahasiswi dengan sistem usrah selain bagi mengeratkan silaturrahim.
Justeru, sebagai kesinambungan usrah Tuhfatul Mar'ah sebelum ini, WiSA telah menetapkan tarikh 27 November 2014 sebagai usrah pertama bagi sesi ini. Usrah kali ini telah diadakan di syaqqah 11 dengan kehadiran seramai 30 orang mahasiswi.
Beberapa pengisian slot telah disediakan, iaitu Slot Hadis oleh Saudari Suarni Munib. Slot Tafsir oleh Saudari Ubaidah Abdul Kadir dan Slot Sirah Nabawiah oleh Saudari Nurussakinah Melih.
Kemudian telah diadakan sesi pengenalan AJK WiSA yang baru dilantik serta pembacaan qarar (peraturan) WiSA oleh Saudari Norhamidah Haji Bidin selaku Timbalan Ketua WiSA sesi ini.
Sesi usrah diakhiri dengan solat Isyak berjemaah dan jamuan makan yang telah disediakan oleh tuan rumah.
Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada semua mahasiswi yang sentiasa memberikan sokongan padu dan penyertaan yang sangat menggalakkan pada setiap kali usrah dijalankan. Semoga dengan usaha murni ini dapat melahirkan mahasiswi yang berilmu, berfikrah dan berketrampilan dalam segenap aspek.
'Buka Mata, Celikkan Minda, Tarbiah Hati'
'Muslimah Sejati Peneraju Generasi'
Laporan oleh :
Unit Usrah,
Mahasiswi Sabah (WiSA),
Badan Kebajikan Penuntut Sabah Mesir.
Disediakan oleh,
Unit Teknologi dan Maklumat,
Biro Penerangan dan Penerbitan.
Comments
Post a Comment