Program Mahasiswi Sabah ini sebenarnya lebih dikenali sebagai program hari puteri, namun WISA menukarnya untuk menjadikannya lebih menarik dan kreatif. Peserta adalah dari kalangan banat sama ada yang dari WYSK ataupun yang tinggal di luar WYSK. 14 mac 2014, seawal 7 pagi lagi, mahasiswi berkumpul di Dewan WYSK dan memulakan program dengan senam aerobik dan 'warming up', sarapan dan kemudian bergerak secara berkumpulan ke Hadiqah Dauliyah, lokasi program kali ini. Oleh kerana ramai banat yang tinggal di luar baru sahaja tiba bersama di Hadiqah Dauliyah, maka senam aerobik dan 'warming up' dibuat sekali lagi. Program diteruskan dengan outdoor game seperti aina usrati, salam mesra, hati-hati sayang dan banyak lagi. semua mahasiswi turut serta dalam semua permainan, menambah lagi keceriaan program ini. Menjelang tengah hari, Tuhfatul Mar'ah ( TM ) edisi riadah pun dimulakan, dengan pengisian oleh Ustazah Nurussakinah bte Melih bagi slot tafsir, Ustazah Saniha...