YAUMUSSA'EDA LINNISA

Program Mahasiswi Sabah ini sebenarnya lebih dikenali sebagai program hari puteri, namun WISA menukarnya untuk menjadikannya lebih menarik dan kreatif. Peserta adalah dari kalangan banat sama ada yang dari WYSK ataupun yang tinggal di luar WYSK.



14 mac 2014, seawal 7 pagi lagi, mahasiswi berkumpul di Dewan WYSK dan memulakan program dengan senam aerobik dan 'warming up', sarapan dan kemudian bergerak secara berkumpulan ke Hadiqah Dauliyah, lokasi program kali ini. Oleh kerana ramai banat yang tinggal di luar baru sahaja tiba bersama di Hadiqah Dauliyah, maka senam aerobik dan 'warming up' dibuat sekali lagi.

Program diteruskan dengan outdoor game seperti aina usrati, salam mesra, hati-hati sayang dan banyak lagi. semua mahasiswi turut serta dalam semua permainan, menambah lagi keceriaan program ini. Menjelang tengah hari, Tuhfatul Mar'ah ( TM ) edisi riadah pun dimulakan, dengan pengisian oleh Ustazah Nurussakinah bte Melih bagi slot tafsir, Ustazah Sanihah Syahirah Ku Othman bagi slot hadis dan Ustazah Nur Farhana bte Abd Kahar bagi slot isu semasa. Dalam liqo' Mahabbah itu juga, pembentangan qarar WISA diadakan sekaligus dengan pelancaran kempen Biah Solehah oleh Ustazah Suarni Munib.

seterusnya ialah acara potluck, di mana semua syaqqah mengeluarkan makanan yang disediakan mengikut syaqqah banat masing-masing. semasa semua peserta makan, acara bertukar hadiah pun dimulakan. AJk program kemudian menutup program dengan surah Al-'Asr dan doa kaffarah. peserta sempat bergambar sebelum pulang ke kediaman masing-masing.


sekian terima kasih.

WISA-walau penat, ianya berbaloi bagi mengeratkan lagi silaturrahim kami.

Comments

Popular posts from this blog

BIRO PENERANGAN DAN PENERBITAN (BPP) BKPSM SESI 2016/2017

BIRO DAKWAH DAN TARBIAH (BDAT) BKPSM SESI 2016/2017

BIRO SUKAN DAN KEBUDAYAAN (BPP) BKPSM SESI 2016/2017