Posts

Showing posts from November, 2014

[LAPORAN] TUHFATUL MAR'AH

Image
KAHERAH, Mesir. Tuhfatul Mar'ah merupakan nama bagi program usrah mingguan mahasiswi yang dikelokan oleh Mahasiswi Sabah (WiSA) dengan kerjasama Diro Dakwah dan Tarbiah (BDAT). Usrah ini mula diwujudkan pada tahun 2011 yang mana ianya merupakan cetusan idea oleh TYDP II merangkap ketua WiSA ketika itu, Ustazah Azlinah Abdul Gani, dan diteruskan lagi oleh kepimpinan WiSA hingga sekarang bertujuan bagi mendekatkan para mahasiswi dengan sistem usrah selain bagi mengeratkan silaturrahim.     Justeru, sebagai kesinambungan usrah Tuhfatul Mar'ah sebelum ini, WiSA telah menetapkan tarikh 27 November 2014 sebagai usrah pertama bagi sesi ini. Usrah kali ini telah diadakan di syaqqah 11 dengan kehadiran seramai 30 orang mahasiswi.     Beberapa pengisian slot telah disediakan, iaitu Slot Hadis oleh Saudari Suarni Munib. Slot Tafsir oleh Saudari Ubaidah Abdul Kadir dan Slot Sirah Nabawiah oleh Saudari Nurussakinah Melih.     Kemudian telah diadakan sesi pengenalan AJK WiSA yang

[MAKLUMAN] Pendaftaran Ahli (1)

Image

[IKLAN] Tuhfatul Mar'ah

Image

[LAPORAN DAN ARKIB] Majlis Penutupan Program El-Faslu El-Markazi Imtihan Qabul 2014

Image
[Laporan Program] Assalamualaikum W.B.T     Alhamdulillah selesai sudah program El-Faslu El Markazi Imtihan Qabul 2014 pada majlis penutupan pukul 8 malam tadi.     Setinggi-tinggi ucapan penghargaan kepada barisan AJKT BKPSM sesi kali ini terutama kepada Ustaz Pg Mohd Dhamiri yang bertindak sebagai Pengarah program dan kepada Ustaz Pg Mohd Hanif selaku penasihat program. Seterusnya, terima kasih diucapkan kepada Ustaz Sabli Bin Aliju kerana sudi hadir sebagai tetamu VIP pada majlis penutupan program ini.     Tidak dilupa juga kepada semua penyampai slot dan mentor yang telah memberikan input yang berguna serta berhempas pulas untuk memberikan kefahaman kepada peserta.     Ucapan tahniah kepada saudara Mohd Fauzan Adzim Bin Mazania kerana berjaya mendapat markah tertinggi dalam Ujian Percubaan Imtihan Qabul dengan markah keseluruhan sebanyak 73.     Semoga semua peserta mendapat input yang berguna sepanjang program ini berlangsung seterusnya dapat menjawab soalan peperiks

[FOTO] Program El-Faslu el-Markazi Imtihan Qabul (16-19 November 2014)

Image
Hari Pertama - Ahad (16 November 2014) - Sesi pengenalan/briefing Hari kedua - Isnin (17 November 2014) Hari ketiga - Selasa (18 November 2014) Hari keempat - Rabu (19 November 2014)

Weblog Rasmi BKPSM : Wajah Baru Kita.

Image
    Sejajar dengan usaha menjenamakan semula Badan Kebajikan Penuntut Sabah Mesir (BKPSM), Biro Penerangan dan Penerbitan (BPP) BKPSM telah mengemaskini dan membuat beberapa perubahan pada Blog Rasmi BKPSM, termasuklah menukar nama blog kepada Weblog Rasmi BKPSM dan mengubah url blog ini kepada url yang lebih mesra enjin carian.     Perubahan yang dibuat bertujuan untuk menyediakan satu laman blog yang lebih mesra ahli, mudah diakses selain menjadi medium informasi yang turut bertindak sebagai arkib dan laman hebahan semasa. Bukan itu sahaja, perubahan pada reka letak juga adalah bertujuan memudahkan pengunjung mengakses pautan-pautan yang disediakan dengan lebih mudah dan selesa.      Justeru, pihak Biro Penerangan dan Penerbitan (BPP) akan sentiasa memantau, mengemaskini dan memperbaiki segala kekurangan yang ada dalam Weblog ini.      Kami dari Biro Penerangan dan Penerbitan (BPP) berharap supaya semua pengunjung, sama ada ahli BKPSM ataupun bukan ahli, akan senti