Posts

Showing posts from January, 2015

[TEASER] HP 2015

Image
AKAN DATANG

[IKLAN] PIALA BORNEO KALI KE-1

Image
KAHERAH, Mesir. Buat julung-julung kalinya, Badan Kebajikan Penuntut Sabah Mesir dengan kerjasama Yayasan Sabah Kaherah akan menganjurkan kejohanan Piala Borneo Kali ke-1. Kejohanan ini yang akan menyaksikan penyertaan 4 wilayah di kepulauan Borneo iaitu Sabah, Sarawak, Negara Brunei Darussalam dan Kalimantan Indonesia akan diadakan bermula pada 28 Januari dan berakhir pada 31 Januari 2015.     Meskipun kejohanan Piala Borneo ini kali pertama yang diadakan seumpamanya, pihak penganjur iaitu Badan Kebajikan Penuntut Sabah Mesir sendiri sentiasa berusaha untuk memastikan penganjuran kali ini berjalan dengan sebaiknya.     Kejohanan Piala Borneo ini akan dimulakan dengan upacara pembukaan (opening ceremony) yang akan diadakan di Nadi Syabab, Hayyu Sadis Madinat Nasr, Kaherah pada 28 Januari.     Hari pertama kejohanan akan menyaksikan pasukan yang bertanding berentap bagi merebut gelaran juara dalam acara Bowling dan Pingpong yang akan diadakan di International Bowling Centre

[LAPORAN] KELAS TUTORIAL 'THE TRIUMPH' SIRI I

Image
KAHERAH, Mesir. Sebagai sebuah badan kebajikan yang menaungi anak-anak Sabah di Mesir, Badan Kebajikan Penuntut Sabah Mesir (BKPSM) sentiasa mengambil berat dan memantau perihal perkembangan akademik ahli-ahlinya yang menuntut dalam pelbagai bidang di beberapa buah universiti di Mesir.     Justeru, bagi mendukung prinsip sebuah badan kebajikan yang sentiasa cakna akan hal ini, BKPSM dibawah kelolaan Biro Akademik dan Hal Ehwal Pelajar (BAHEP) telah melaksanakan sebuah program berbentuk kelas bimbingan dan tutorial 'THE TRIUMPH ' siri pertama yang bertujuan bagi membantu mahasiswa dan mahasiswi Pengajian Islam khususnya dalam pembelajaran. Program ini dimulakan pada awal bulan Disember sehingga menjelang peperiksaan semester pertama.     Program ini dijalankan dalam bentuk belajar berkumpulan (study group) dengan dibimbing oleh seorang tutor, yang juga dari kalangan pelajar. Selain membuka peluang kepada pelajar untuk berdiskusi, program tutorial ini juga memberi pene

[LAPORAN] MAULID NABI (SAW) DAN MALAM CINTA RASUL

Image
KAHERAH, Mesir. Bersempena dengan hari kelahiran junjungan besar kita Nabi Muhammad (SAW), Biro Dakwah dan Tarbiah (BDAT) telah mengadakan program Maulid Nabi (SAW) dan Malam Cinta Rasul pada 3 Januari yang lalu, bertempat di surau Wisma Yayasan Sabah Kaherah (WYSK).     Majlis dimulakan dengan bacaan selawat dan juga alunan burdah qasidah yang diketuai oleh saudara Ahmad Hamdie juga diiringi oleh semua hadirin yang hadir pada malam itu. Antara qasidah yang dialunkan adalah Qasidah Salaamun Salaam,A ssalaamualaik dan Ya Robbi bil Mustofa dan banyak lagi.     Seterusnya majlis diserikan dengan penyampaian tausiyah oleh Ustaz Masri bin Mohd Rosdi, graduan Syariah Islamiah Universiti Al-Azhar Dumyat. Tausiyah yang disampaikan bersesuaian dengan tema Malam Cinta Rasul yang mendefinisikan sirah Rasulullah (SAW) dalam segenap aspek.     Kemudian, majlis diteruskan dengan pembacaan ratib yang dikenali dengan 'Ratibul Haddad'. Ianya merupakan himpunan hadith-hadith Rasulullah