Posts

Showing posts from April, 2016

[MAKLUMAN] Rehlah Maqomat 2016

Image
Assalammualaikum WBT      InshaAllah pada hari Sabtu ini bersamaan 22/April/2016 pihak Biro Dakwah dan Tarbiah dengan kerjasama pihak Biro Kebajikan dan Lawatan akan mengadakan Rehlah Maqomat sekitar Kaherah.            Antara maqam-maqam yang akan diziarahi boleh rujuk pada iklan tertera. Ahli BKPSM yang berkelapangan dan ingin menyertai rehlah bolehlah terus berhubungan dengan pihak yang berkenaan.  • Ketua BKEL - Mohd Syahadan ( whtsapp +20 114 944 3456) • Ketua BDAT - Ahmad Hamdi (whtsapp +20 128 213 9284) Disediakan oleh : Unit Teknologi dan Maklumat Biro Penerangan dan Penerbitan

[MAKLUMAN] Solat Sunat Hifzi

Image
    Bersempena dengan Imtihan Fasa 2 yang bakal menjelang ini, inshaAllah pihak Biro Dakwah dan Tarbiah akan mengadakan Solat Sunat Hifzi pada hari Khamis ini selepas solat Isya'.     Oleh itu ahli BKPSM yang berkelapangan dijemput untuk hadir.  Semoga dengan solat sunat ini, usaha kita akan menjadi lebih berkat dan dipermudahkan oleh Allah Swt, inshaAllah. Disediakan oleh : Unit Teknologi dan Maklumat Biro Penerangan dan Penerbitan

[MAKLUMAN] Program Motivasi Kecemerlangan Siri II

Image
    InshaAllah pada 20 April 2016 nanti pihak Biro Akademik dan Hal Ehwal Pelajar (BAHEP) akan mengadakan Program Motivasi Kecemerlangan Siri 2 sebagai persediaan sebelum menempuh Imtihan yang bakal bermula tidak lama lagi.    Oleh itu ahli BKPSM yang berkelapangan dijemput untuk hadir sama-sama memeriahkan majlis ilmu ini. Disediakan oleh : Unit Teknologi dan Maklumat Biro Penerangan dan Penerbitan

[MAKLUMAN] Tentatif Program Riadah Mega '16 dan Pembahagian Kumpulan

Image
    Berikut merupakan tentatif bagi Program Riadah Mega '16 beserta pembahagian kumpulan : Disediakan oleh : Unit Teknologi dan Maklumat Biro Penerangan dan Penerbitan

[MAKLUMAN] Taklimat Keselamatan

Image
Bismillahirrahmanirrahim.     InshaAllah pihak Wisma Yayasan Sabah Kaherah (WYSK) dan Badan Kebajikan Penuntut Sabah Mesir (BKPSM) akan mengadakan Taklimat Keselamatan untuk semua mahasiswa Sabah yang sedang menuntut di Republik Arab Mesir. Bagi ahli yang berkelapangan amatlah dialu-alukan bagi mendengar tentang perkara yang berkaitan dengan keselamatan yang perlu diambil berat oleh pelajar di Mesir ket ika ini. 'Memantap Keilmuan Menjulang Ketamadunan' 'Bersefahaman Berkualiti Berasaskan Keislaman' Disediakan oleh : Unit Teknologi dan Maklumat Biro Penerangan dan Penerbitan