Posts

Showing posts from March, 2014

LIQA' NUQABA' DAN PELANCARAN USRAH BKPSM SESI 2014

Image
Bagi menyelaraskan kegiatan usrah bagi setiap syaqqah dan rumah-rumah lainnya, Biro Dakwah dan Tarbiah ( BDAT ) mengadakan satu perjumpaan khas untuk naqib dan naqibah dari setiap kediaman ahli BKPSM. Liqa' ini diadakan pada 18 mac 2018 bertempat di surau WYSK selepas solat maghrib, pukul 7.45 malam. SENARAI NAMA NUQABA' BKPSM 2014 IKHWAH : 1) PG MOHD FAEZUL FIKRI BIN AG OMAR 2) MOHD NAHAR BIN NOORUN 3) MOHD AFIQ AISAMUDIN BIN SABUDIN 4) MUHAMMAD HAFIF BIN HANAFI 5) MOHD FAKHRURIZAL MATDIRIS 6) MOHD FAKHRI BIN MAHMUD 7) MOHD FIKRI BIN PUTUNG 8) MOHAMMAD FAIZEE BIN WAHIDIN 9) MOHD NAZRI BIN TAJUDIN 10) MOHAMMAD AMIN BIN DAHLAN 11) MOHAMMAD ARASH BIN ABDUL GHANI AKHAWAT : 1) NURWAMA BINTI ABDUL WAHID 2) DAYANG SYAHIRAH NASUHA BINTI NURSHID 3) NOOR AMIRAH BINTI SALIMIN 4) SYAFINA BINTI RUSDIN 5) NURFARIHIN BINTI MOHD AZID 6) SHAIMA' ARSHAD sekian terima kasih.

Lawatan ke DREAM PARK

Image
Dream Park adalah taman permainan gergasi yang terletak di DreamLand, 6th October City. Dibina pada 1999 oleh The Famous Canadian Architecture Company iaitu Forrec, syarikat yang sama membina Universal Studios dan Mall of America, dengan keluasan 150 ekar dan permainan yang mencapai jumlah puluhan menjadi destinasi program anjuran Biro Kebajikan dan Lawatan ( BKEL ) kali ini. 15 mac 2014, bertolak awal dan tiba di Giza pada pukul 11 pagi, peserta terus masuk dengan tiket yang sedia dibeli oleh AJK program. Semua peserta teruja untuk mencuba setiap permainan yang terdapat dalam taman permainan ini. Terdapat 9 permainan khas kanak-kanak, 12 permainan khas untuk sekeluarga dan 10 permainan 'extreme' bagi penggemar permainan yang mencabar. Kafe dan kedai cenderahati boleh dijumpai di segenap pelusuk taman. Keselamatan dipastikan oleh syarikat T.U.V Rhineland, menyenangkan lagi hati para pengunjung yang datang, mengundang sekitar 30000 pengunjung dalam sehari. Suasana yang

YAUMUSSA'EDA LINNISA

Image
Program Mahasiswi Sabah ini sebenarnya lebih dikenali sebagai program hari puteri, namun WISA menukarnya untuk menjadikannya lebih menarik dan kreatif. Peserta adalah dari kalangan banat sama ada yang dari WYSK ataupun yang tinggal di luar WYSK. 14 mac 2014, seawal 7 pagi lagi, mahasiswi berkumpul di Dewan WYSK dan memulakan program dengan senam aerobik dan 'warming up', sarapan dan kemudian bergerak secara berkumpulan ke Hadiqah Dauliyah, lokasi program kali ini. Oleh kerana ramai banat yang tinggal di luar baru sahaja tiba bersama di Hadiqah Dauliyah, maka senam aerobik dan 'warming up' dibuat sekali lagi. Program diteruskan dengan outdoor game seperti aina usrati, salam mesra, hati-hati sayang dan banyak lagi. semua mahasiswi turut serta dalam semua permainan, menambah lagi keceriaan program ini. Menjelang tengah hari, Tuhfatul Mar'ah ( TM ) edisi riadah pun dimulakan, dengan pengisian oleh Ustazah Nurussakinah bte Melih bagi slot tafsir, Ustazah Saniha

PERTANDINGAN FOTO POPULAR

Image
Pertandingan ini dianjurkan oleh Biro Penerangan dan Penerbitan, merupakan aktiviti yang julung-julung kali diadakan. Iklan mengenai pertandingan ini mula dikeluarkan pada 9 mac 2014 di laman rasmi facebook BKPSM. Sebarang penyertaan diterima sehinggalah 19 mac 2014. Pihak penganjur kemudian memaparkan foto para peserta di page BKPSM I pada 20 mac 2014, dan pertandingan pun bermula pada 21 hingga 28 mac 2014. Setelah pengiraan 'like' terbanyak, maka berikut adalah urutan para pemenang, dengan pemenang pertama menerima hadiah berupa wang tunai le150, pemenang kedua menerima le100 dan pemenang ketiga le50. semua peserta akan diberikan  sijil. 1-Mohd Hasif Marsuki dengan 483 likes 2-Muhammad Hafizzuddin Awang dengan 252 likes 3-Afriyanti Harman dengan 211 likes 4-Nur Atillah Jasnih dengan 146 likes 5-Norziana Nazreen Saini dengan 117 likes 6-Sri wahyuni Abi dengan 114 likes 7-Ridwan Iskandar dengan 103 likes 8-Mohammad Fikri Putung dengan 83 likes 9-Muhammad Abir

TALAQQI MIRATH

Talaqqi ini adalah anjuran Biro Dakwah dan Tarbiah ( BDAT ). Bertempat di surau WYSK, talaqqi ini bermula pada 28 Februari hingga 8 Mac 2014, dan diajar oleh seorang ustaz indonesia, Ustaz Hafiz Shafitri. Seramai 17 orang banat menyertai kelas talaqqi ini, yang berakhir pada 8 mac dengan satu peperiksaan mini untuk para peserta bagi menguji sejauh mana ilmu yang diperolehi sepanjang talaqqi ini dijalankan, diteruskan dengan majlis makan kecil-kecilan bagi meraikan berakhirnya kelas tersebut. Ustaz Hafiz Shafitri kemudian memberi setiap pelajarnya sijil menandakan mereka adalah pelajar yang cemerlang dalam mirath. sekian terima kasih

MESYUARAT AGUNG TERTINGGI KALI KE-31

Image
Mesyuarat Agung Tertinggi kali ke-31 diadakan pada 14 Februari 2014 bertempat di dewan WYSK, bermula seawal 8 pagi waktu mesir. Mesyuarat dimulakan dengan pembacaan Surah Al-fatihah oleh seluruh ahli sidang, diteruskan dengan ucapan dari Pengerusi sidang, yang menyatakan kehadiran tidak memenuhi 2/3 kuota yang sepatutnya, dengan kehadiran ahli lelaki seramai 36 orang manakala ahli perempuan seramai 40 orang , dengan jumlah 76 orang keseluruhannya membawa kepada keputusan tiada sebarang usul yang akan diterima untuk membubar undang-undang tubuh. Mesyuarat diteruskan lagi dengan bacaan Al-quran oleh Ustaz Mohd Saddam. Seluruh sidang kemudian dijemput untuk berdiri bagi melaungkan Asmaul Husna, lagu Negaraku, lagu Sabah Tanahairku dan lagu BKPSM. Ahli sidang duduk. Pengerusi sidang membaca tatatertib dan kod bagi ahli sidang, kemudian disambung oleh ucapan oleh Yang Di-Pertua, diteruskan lagi dengan pembentangan minit mesyuarat dan hal-hal berbangkit dalam minit mesyuarat yang la

SEJARAH BADAN KEBAJIKAN PENUNTUT SABAH MESIR (BKPSM)

Image
Mahasiswa/wi Sabah mula melanjutkan pengajian di Universiti Al-Azh ar sejak tahun 1970-an lagi. Dalam jumlah yang sedikit mahsiswa/wi telah (mengilhamkan) mewujudkan persatuan yang diberi nama Badan Kebajikan Penuntut Sabah Mesir. Pada ketika itu BKPSM belum lagi berdaftar menjadi persatuan rasmi. Pada tarikh 16 Disember 1984 Persatuan Mahasiswa Sabah Mesir [PMSAM] telah ditubuhkan bagi menggantikan BKPSM dalam mesyuarat BKPSM kali ke-7. PMSAM yang ditubuhkan pada ketika itu bernaung di bawah persatuan induk iaitu PMRAM. Bagaimanapun pada tahun 1986 atas cadangan PMRAM, nama PMSAM telah diganti semula dengan nama BKPSM. Pada peringkat awalnya PMSAM bimbang atas nama pertukaran ini kerana takut badan-badan berkenaan di Sabah memandang remeh dan kurang memberi perhatian serta kerjasama terhadap persatuan. Pada tahun 1977 pelajar Sabah hanya berjumlah 2 orang. Manakala pada tahun penubuhan BKPSM, jumlah pelajar adalah seramai 24 orang. Dari detik sejarah ini, jumlah pelajar Sabah terus