MESYUARAT AGUNG TERTINGGI KALI KE-31
Mesyuarat Agung Tertinggi kali ke-31 diadakan pada 14 Februari 2014 bertempat di dewan WYSK, bermula seawal 8 pagi waktu mesir.
Mesyuarat dimulakan dengan pembacaan Surah Al-fatihah oleh seluruh ahli sidang, diteruskan dengan ucapan dari Pengerusi sidang, yang menyatakan kehadiran tidak memenuhi 2/3 kuota yang sepatutnya, dengan kehadiran ahli lelaki seramai 36 orang manakala ahli perempuan seramai 40 orang , dengan jumlah 76 orang keseluruhannya membawa kepada keputusan tiada sebarang usul yang akan diterima untuk membubar undang-undang tubuh.
Mesyuarat diteruskan lagi dengan bacaan Al-quran oleh Ustaz Mohd Saddam. Seluruh sidang kemudian dijemput untuk berdiri bagi melaungkan Asmaul Husna, lagu Negaraku, lagu Sabah Tanahairku dan lagu BKPSM. Ahli sidang duduk.
Pengerusi sidang membaca tatatertib dan kod bagi ahli sidang, kemudian disambung oleh ucapan oleh Yang Di-Pertua, diteruskan lagi dengan pembentangan minit mesyuarat dan hal-hal berbangkit dalam minit mesyuarat yang lalu. Pengerusi sidang kemudian menangguh mesyuarat pada pukul 11.30 pagi ke pukul 1.45 petang bagi memberi laluan kepada ahli sidang untuk solat jumaat dan solat zohor.
Mesyuarat diteruskan pada sesi petang dengan pembentangan laporan oleh Jabatan Setiausaha dan ketua-ketua biro. Saudari Nurussakinah bte Melih menyatakan bahawa Jabatan Setiausaha hanya mempunyai 4 orang ahli iaitu, Yang Di-Pertua, Timbalan Yang Di-Pertua, Setiausaha dan Timbalan Setiausaha. Laporan diteruskan oleh Delegasi Mahasiswa Mahasiswi ( DEMMAS ), dan Mahasiswi Sabah ( WISA ) yang menyatakan bahawa WISA bukanlah satu biro, tetapi adalah sebuah unit.
Pembentangan ketua-ketua biro diteruskan dengan dimulai oleh Biro Dakwah dan Tarbiah ( BDAT ), kemudian Biro Akademik dan Hal Ehwal Pelajar ( BAHEP ), Biro Kebajikan dan Lawatan ( BKEL ), Biro Sukan dan Kebudayaan ( BSUK ) dan diakhiri dengan pembentangan laporan oleh ketua Biro Penerangan dan Penerbitan ( BPP ). Jabatan Bendahari turut membentang laporan kewangan bagi sesi 2012/2013.
Pengerusi sidang sekali lagi menyatakan, oleh kerana kehadiran ahli sidang yang tidak memenuhi kuota 2/3, maka tidak akan ada sebarang perbincangan tentang usul untuk merubah undang-undang tubuh. Yang Di-Pertua kemudian memberi ucapan penutupan bagi sesi 2012/2013, dan pengerusi sidang pun membubarkan AJKT sesi 2012/2013.
Pengarah SPR maju ke hadapan, menyatakan statistik undian dan juga menerangkan tentang undian yang rosak, sekaligus mengumumkan keputusan pilihanraya.
Antara yang menang tanpa bertanding ialah :-
Bendahari - Mohd Dirza bin Mohd Ramli
Timbalan Bendahari - Nur Fasha Reena Tan bte Zulkifly Tan
Setiausaha - Muhd Saddam bin Abdurahim
Timbalan Setiausaha - Nurussakinah bte Melih
Ketua Delegasi Mahasiswa Mahasiswi ( DEMMAS )- Datu Agasi bin Mohd Kamal
Ketua Mahasiswi Sabah ( WISA )- Hafizzatul Munirah bte Awang
Timbalan Yang Di-Pertua - Muhammad Akmal bin Mashum
Yang Di-Pertua - Mohd Shahrizal bin Sabal.
Ketua dan timbalan setiap biro yang mempunyai undi terbanyak :-
-BIRO DAKWAH DAN TARBIAH
Ketua: Mohammad Amirulhadi bin Haidon
Timbalan: Suarni bte Munib
-BIRO AKADEMIK DAN HAL EHWAL PELAJAR
Ketua: Mohd Nahar bin Noorun
Timbalan: Majidah bte Hassan
-BIRO KEBAJIKAN DAN LAWATAN
Ketua: Ali bin Mohd Janis
Timbalan: Khadijah bte saad
-BIRO SUKAN DAN KEBUDAYAAN
Ketua: Abdul Basit bin Rustamin
Timbalan: Siti Atiqah bte Mohd Jeofrey
-BIRO PENERANGAN DAN PENERBITAN
Ketua: Mohd Azlin bin Sari
Timbalan: Zainib Amirah bte Anwar
#atas sebab-sebab tertentu, ketua Biro Kebajikan dan Lawatan, Ali Mohd Janis menarik diri dan yang mengganti jawatan beliau ialah Pg Muhammad Dhamiri bin Pg Hilmi. Begitu juga dengan ketua Biro Penerangan dan Penerbitan, Mohd Azlin Sari telah diganti oleh Mohd Iskandar bin Mohd Dros.
Pengarah SPR menutup laporannya dengan menyatakan statistik undian yang semakin merosot, namun undian rosak yang semakin baik.
Barisan AJKT sesi 2013/2014 kemudian tampil ke hadapan. Yang Di-Pertua kemudian memberi ucapan dengan menyatakan rasa terima kasih dan menyentuh sedikit tentang pilihanraya, menutup ucapan beliau dengan sekali lagi mengucapkan terima kasih dan berharap agar ahli sidang terus menyokong beliau dan barisan AJKT yang baru.
Pengarah sidang meminta maaf sekiranya ada kesilapan sepanjang mesyuarat berlangsung, dan kemudian menutup mesyuarat dengan mengajak ahli sidang membaca doa kaffarah dan Surah Al-'Asr. Mesyuarat bersurai.

Comments
Post a Comment