SEJARAH BADAN KEBAJIKAN PENUNTUT SABAH MESIR (BKPSM)
Mahasiswa/wi Sabah mula
melanjutkan pengajian di Universiti Al-Azhar sejak tahun 1970-an lagi. Dalam jumlah yang
sedikit mahsiswa/wi telah (mengilhamkan) mewujudkan persatuan yang diberi nama
Badan Kebajikan Penuntut Sabah Mesir. Pada ketika itu BKPSM belum lagi
berdaftar menjadi persatuan rasmi. Pada tarikh 16 Disember 1984 Persatuan
Mahasiswa Sabah Mesir [PMSAM] telah ditubuhkan bagi menggantikan BKPSM dalam
mesyuarat BKPSM kali ke-7. PMSAM yang ditubuhkan pada ketika itu bernaung di
bawah persatuan induk iaitu PMRAM.
Bagaimanapun pada tahun 1986 atas cadangan PMRAM, nama PMSAM telah diganti semula dengan nama BKPSM. Pada peringkat awalnya PMSAM bimbang atas nama pertukaran ini kerana takut badan-badan berkenaan di Sabah memandang remeh dan kurang memberi perhatian serta kerjasama terhadap persatuan. Pada tahun 1977 pelajar Sabah hanya berjumlah 2 orang. Manakala pada tahun penubuhan BKPSM, jumlah pelajar adalah seramai 24 orang. Dari detik sejarah ini, jumlah pelajar Sabah terus meningkat. Pada awal penubuhan BKPSM sehingga kini teras dan matlamat BKPSM adalah bagi membantu pelajar Sabah yang ingin melanjutkan pelajaran di negara Mesir sama ada di Universiti Al-Azhar ataupun pusat pengajian tinggi yang lain. Ia juga berfungsi sebagai wadah kesatuan dan perpaduan pelajar Sabah di Mesir.Selain itu ia juga bertanggungjawab membantu pelajar dalam menyelesaikan masalah semasa menuntut.

Pada awal penubuhan BKPSM sehingga kini teras matlamat BKPSM adalah bagi membantu pelajar Sabah yang ingin melanjutkan pelajaran di negara Mesir. Ia juga berfungsi sebagai wadah kesatuan dan perpaduan pelajar Sabah di Mesir. Selain itu ia juga bertanggungjawab membantu pelajar dalam menyelesaikan masalah semasa menuntut di bumi Kinanah ini.
Pada tahun ini, matlamatnya diperluaskan lagi dalam latihan dan medan untuk melahirkan para intelektual dan du’at muda Islam yang berkaliber dan berkarisma dalam menjayakan kesinambungan dakwah di Sabah kelak. Dalam pada itu BKPSM kini agak aktif di negeri Sabah dengan mengadakan beberapa program untuk umum khasnya para pelajar. Justeru BKSPM bergerak sebagai sebuah badan dakwah di negeri Sabah.
SIMBOL-SIMBOL PADA LOGO BKPSM
Simbol Kubah pada Logo BKPSM bermaksud Menara Kejayaan.
Simbol Kitab pula bermaksud ‘ketamadunan Ilmu Islam.
Simbol Peta Sabah bermaksud ‘jiwa patriotik’.
Simbol Bulan Sabit pula membawa maksud ‘lambang kedaulatan Islam’.
WARNA-WARNA PADA LOGO BKPSM
Warna Merah pada logo BKPSM bermaksud ‘Keberanian dan ketegasan’.
Warna Biru pula bermaksud ‘Kedamaian dan keteguhan diri’.
Warna Putih bermaksud ‘Keikhlasan dalam perjuangan’.
Warna Hijau pula membawa maksud ‘Syiar Islam’
"Transformasi persatuan Pemacu Kemajuan"
"Bersefahaman Berkualiti Berasakan Keislaman"
"Jil Mansyud Peneraju Ummah"
"Bersefahaman Berkualiti Berasakan Keislaman"
"Jil Mansyud Peneraju Ummah"
Comments
Post a Comment