Lawatan ke DREAM PARK
Dream Park adalah taman permainan gergasi yang terletak di DreamLand, 6th October City. Dibina pada 1999 oleh The Famous Canadian Architecture Company iaitu Forrec, syarikat yang sama membina Universal Studios dan Mall of America, dengan keluasan 150 ekar dan permainan yang mencapai jumlah puluhan menjadi destinasi program anjuran Biro Kebajikan dan Lawatan ( BKEL ) kali ini.
15 mac 2014, bertolak awal dan tiba di Giza pada pukul 11 pagi, peserta terus masuk dengan tiket yang sedia dibeli oleh AJK program. Semua peserta teruja untuk mencuba setiap permainan yang terdapat dalam taman permainan ini. Terdapat 9 permainan khas kanak-kanak, 12 permainan khas untuk sekeluarga dan 10 permainan 'extreme' bagi penggemar permainan yang mencabar. Kafe dan kedai cenderahati boleh dijumpai di segenap pelusuk taman.
Keselamatan dipastikan oleh syarikat T.U.V Rhineland, menyenangkan lagi hati para pengunjung yang datang, mengundang sekitar 30000 pengunjung dalam sehari. Suasana yang sesak dek ramainya pengunjung tidak menghalang peserta untuk turut serta dalam semua jenis permainan seperti roller coaster, go-cart, menunggang kuda, jungle splash dan banyak lagi.
Program berlarutan hingga ke petang, dan tika matahari telah ditelan oleh langit malam, barulah peserta turut berpusu-pusu keluar bersama pengunjung yang lain. Ini kerana taman ini akan ditutup pada pukul 7 malam. Peserta mengambil gambar kenangan di hadapan pintu masuk ke taman ini. Semua peserta berpuas hati dengan lawatan ini.
sekian terima kasih.
BKEL-ada rezeki in sha Allah pergi lagi.
Comments
Post a Comment