KAHERAH, Mesir. Pada 28 hingga 31 Januari yang lalu, Badan Kebajikan Penuntut Sabah Mesir (BKPSM) dibawah kelolaan Biro Sukan dan Kebudayaan (BSUK) telah menganjurkan Kejohanan Piala Borneo Kali Pertama buat julung-julung kalinya. Kejohanan Piala Borneo merupakan acara sukan yang menyaksikan penganjuran kali pertama, program yang menghimpunkan anak-anak Borneo di seluruh Mesir iaitu dari Negeri Sabah, Negeri Sarawak, Negara Brunei Darussalam dan Kalimantan Indonesia. Kontinjen mahasiswa di Upacara Pembukaan Kejohanan ini telah dilaksanakan dengan kerjasama Badan Kebajikan Penuntut Brunei Darussalam (BruCai), Ikatan Mahasiswa Sarawak (IMSAK) dan Keluarga Mahasiswa Kalimantan (KMKM), selain mendapat tajaan dari Yayasan Sabah. Kejohanan ini dianjurkan bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim sesama anak-anak Borneo yang menuntut di bumi Mesir selain menjadi medan mencungkil bakat dan kebolehan masing-masing. Dengan tema 'Pemangkin Perpaduan Serantau', ke...