[LAPORAN] PELANCARAN USRAH GABUNGAN 2015

KAHERAH, Mesir. Pada 20 Februari 2015, Biro Dakwah dan Tarbiah (BDAT) telah mengadakan majlis Pelancaran Usrah Gabungan 2015, bertempat di surau Wisma Yayasan Sabah Kaherah (WYSK). Majlis ini merupakan kesinambungan bagi usrah-usrah gabungan yang telah diadakan pada sesi-sesi yang lalu.

    Dasar pelaksanaan program adalah bagi memberi kefahaman Islam yang jelas kepada para mahasiswa, dengan berdasarkan sumber ilmu yang betul dan terpimpin. Selain itu, ianya juga berfungsi bagi mewujudkan ruang diskusi dan perkongsian bagi memperkasakan thaqafah selain mengeratkan lagi tali silaturrahim sesama ahli BKPSM.

    Bukan itu sahaja, Usrah Gabungan ini juga diharapkan dapat menjadi medan latihan bagi para mahasiswa supaya berani tampil kehadapan bagi berkongsi ilmu serta membentuk akhlak dan sahsiah soleh berasaskan sirah.

    Majlis telah dimulakan dengan bacaan Al-Fatihah diikuti dengan bacaan ayat suci Al-Quran oleh Saudara Mohd Hamdie Hajiri. Seterusnya para hadirin disajikan dengan tayangan video khas usrah yang telah disediakan oleh BDAT, bertujuan memberi kefahaman tentang konsep dan pelaksanaan
usrah.

Majlis dipengerusikan oleh
Saudara Mohd Afiq Aisomuddin Sabudin

 
Tazkirah oleh Saudara Mohd Adzlan Robinson
    Seterusnya, hadirin mendengarkan dan menghayati penyampaian tazkirah khas oleh pentazkirah jemputan. Saudara Mohd Adzlan Robinson menyampaikan tazkirah yang bertajuk 'Mencari Damai' manakala Saudari Nurussakinah Melih menyampaikan tazkirah bertajuk 'Memaknakan Syukur'. Kedua-duanya merupakan penuntut Universiti Al-Azhar Kaherah dalam jurusan Syariah.

Saudari Nurussakinah Melih menyampaikan tazkirah

    Majlis diteruskan lagi dengan ucapan alu-aluan oleh Saudara Mohd Hamdie Hajiri selaku pengarah program diikuti dengan pelancaran Usrah Gabungan 2015 yang disempurnakan oleh Yang di-Pertua Badan Kebajikan Penuntut Sabah Mesir (BKPSM) Saudara Pg Mohd Hanif Ag Omar.

Saudara Mohd Hamdie Hajiri selaku pengarah
menyampaikan ucapan.
Saudara Pg Mohd Hanif menyampaikan ucapan
perasmian.


    Saudara Mohd Hamdie Hajiri kemudiannya dipersilakan bagi menyampaikan cenderahati kepada pentazkirah jemputan dan juga kepada Ketua Biro Dakwah dan Tarbiah (BDAT), Saudara Habib Farid Habib Gasim. Para hadirin kemudian menunaikan solat Isyak berjemaah dan menikmati jamuan yang disediakan.
   



    Semoga pelancaran usrah gabungan ini menjadi titik tolak kepada pelaksanaan usrah gabungan seterusnya yang mampu mencapai matlamat usrah itu sendiri.




    Sekalung pernghargaan kepada semua ahli BKPSM yang telah sudi hadir memeriahkan program, juga kepada jawatankuasa pelaksana yang bertungkus lumus menjayakan Majlis Pelancaran Usrah Gabungan 2015 ini.


Laporan oleh :
Biro Dakwah dan Tarbiah (BDAT)
Badan Kebajikan Penuntut Sabah Mesir



Disediakan oleh,
Unit Teknologi dan Maklumat,
Biro Penerangan dan Penerbitan.

Comments

Popular posts from this blog

BIRO PENERANGAN DAN PENERBITAN (BPP) BKPSM SESI 2016/2017

BIRO DAKWAH DAN TARBIAH (BDAT) BKPSM SESI 2016/2017

BIRO SUKAN DAN KEBUDAYAAN (BPP) BKPSM SESI 2016/2017