[IKLAN] HARI PUTERI 2015


KAHERAH, MESIR. Untuk yang kesekian kalinya, Mahasiswi Sabah (WISA) tampil lagi dengan program tahunan istimewa buat semua mahasiswi Sabah di Mesir, iaitu program Hari Puteri.

Bezanya, Hari Puteri kali ini cuma akan diisi dengan aktiviti-aktiviti indoor berbentuk ilmiah dan santai, tanpa aktiviti luar iaitu riadah, sukaneka dan acara sukan. Hal ini berikutan Piala Borneo baru sahaja melabuhkan tirainya pada 31 Januari lalu, dan WISA telah mengambil inisiatif agar para mahasiswi mengambil bahagian dalam sesi latihan yang dijalankan untuk para atlet yang mewakili kontinjen Sabah dalam kejohanan Piala Borneo.

Antara aktiviti menarik yang akan diadakan sepanjang Hari Puteri nanti ialah : 

1. WISA's Open Session
    - Pembentangan Qarar WISA
    - Pengenalan AJK WISA
    - Sesi Soal Jawab
2. Aktiviti Santai
    - 'Humpty Dumpty Bridge'
    - 'Don't Break The Circle'
    - 'Potong Lalang Song'
3. Aktiviti Dalam Kumpulan (LDK)
    - Slot 1 : Coffee Talk 'Imej Cerminan Diri'
    - Slot 2 : Perbincangan dalam Kumpulan - 'Isu Semasa, Pembentangan Kes dan Solusi'
4. Aktiviti Pertukaran Hadiah
5. Malam Puteri

Ayuh mahasiswi Sabah semua! Mari bersama-sama memeriahkan Hari Puteri kali ini.



Disediakan oleh,
Unit Teknologi dan Maklumat,
Biro Penerangan dan Penerbitan.

Comments

Popular posts from this blog

BIRO PENERANGAN DAN PENERBITAN (BPP) BKPSM SESI 2016/2017

BIRO DAKWAH DAN TARBIAH (BDAT) BKPSM SESI 2016/2017

BIRO SUKAN DAN KEBUDAYAAN (BPP) BKPSM SESI 2016/2017