[IKLAN] PELANCARAN USRAH GABUNGAN 2015


KAHERAH, Mesir. Bertepatan dengan salah satu matlamat penubuhan BKPSM iaitu bagi melatih dan mempersiapkan para da'ei dan intelektual yang berkarisma dan berkaliber, Biro Dakwah dan Tarbiah (BDAT) akan mengadakan program Pelancaran Usrah Gabungan BKPSM pada 20 Februari ini, bertempat di surau Wisma Yayasan Sabah Kaherah (WYSK).

    Pelancaran Usrah Gabungan ini merupakan pembuka kepada aktiviti usrah gabungan kelolaan BDAT bagi sesi ini, yang mana ianya akan diadakan secara berkala.. Merupakan kesinambungan bagi usrah gabungan pada sesi-sesi yang lalu, program ini dijalankan bertujuan untuk menanamkan perasaan cintakan usrah dan tarbiah dalam kalangan anak-anak Sabah, selain bagi mengeratkan kasih sayang dan ukhuwah sesama anak-anak Sabah, bersesuaian dengan konsep usrah itu sendiri.

    Untuk Usrah Gabungan kali ini, tazkirah akan disampaikan oleh Saudara Mohd Adzlan bin Robinson dan Saudari Nurussakinah binti Melih, kedua-duanya merupakan penuntut di Universiti Al-Azhar Kaherah dalam bidang Syariah Islamiah.

    Semoga Program Pelancaran Usrah Gabungan kali ini akan berjalan dengan lancar serta mencapai matlamat yang diharapkan.



Disediakan oleh,
Unit Teknologi dan Maklumat
Biro Penerangan dan Penerbitan.

Comments

Popular posts from this blog

BIRO PENERANGAN DAN PENERBITAN (BPP) BKPSM SESI 2016/2017

BIRO DAKWAH DAN TARBIAH (BDAT) BKPSM SESI 2016/2017

BIRO SUKAN DAN KEBUDAYAAN (BPP) BKPSM SESI 2016/2017