Posts

Showing posts from March, 2015

MAJALAH IQRA EDISI MAC 2015

Image
Assalamualaikum warahmatullah. Majalah Iqra Edisi Mac kini terbit! Menampilkan artikel dan karya hebat hasil tulisan anak-anak Sabah di bumi Mesir, Majalah Iqra kini menemui anda dengan penuh informasi yang padat dan menarik. Klik di pautan berikut untuk membaca :  MAJALAH IQRA EDISI MAC 2015

MAJALAH IQRA' FEBRUARI 2015 (EDISI TERTANGGUH)

Image
      Setelah sekian lama menghilang, Majalah Iqra' terbitan Biro Penerangan dan Penerbitan (BPP) kini kembali bagi mengisi masa lapang anda.       Memuatkan laporan pelbagai program terdahulu serta artikel-artikel menarik, sesuai dijadikan bahan bacaan masa senggang anda!     Untuk membaca, klik di pautan ini :  Majalah Iqra Februari 2015 . Disediakan oleh, Unit Teknologi dan Maklumat, Biro Penerangan dan Penerbitan.

[LAPORAN] MAJLIS PELANCARAN BLOG BKPSM DAN MALAM SATU HATI

Image
    KAHERAH, Mesir. Pada 27 Februari lalu, Badan Kebajikan Penuntut Sabah Mesir (BKPSM) telah menganjurkan Majlis Pelancaran Blog BKPSM dan Malam Satu Hati bertempat di Perpustakaan Al-Marjan, Wisma Yayasan Sabah Kaherah (WYSK). Majlis Pelancaran Blog BKPSM merupakan program “Kepentingan Satu” (K1) di bawah kelolaan AJKT BKPSM secara terus manakala Malam Satu Hati merupakan program “Kepentingan Dua” (K2) di bawah kelolaan Biro Sukan Dan Kebudayaan (BSUK).          Majlis dimulakan seawal pukul 7.50 malam dengan para hadirin disajikan dengan tayangan filem animasi 'Big Hero 6' bertempat di  sutuh  ( rooftop ) WYSK.     Pada pukul 9.20 malam, hadirin dipersilakan masuk ke dalam perpustakaan bagi memberi laluan kepada Majlis Pelancaran Blog dan Perasmian Malam Satu Hati. Ustaz Sabli bin Aliju, pegawai Wisma Yayasan Sabah Kaherah tiba diiringi Yang di-Pertua BKPSM, Saudara Pg Mohd Hanif Ag Omar dan barisan AJKT. Majlis dimulakan dengan bacaan Al-Fatihah.     Majl

[IKLAN] PROGRAM MOTIVASI KECEMERLANGAN SIRI II DAN DISKUSI KITAB

Image
KAHERAH, Mesir.  Biro Akademik dan Hal Ehwal Pelajar (BAHEP) dengan kerjasama Biro Dakwah dan Tarbiah (BDAT) akan mengadakan Program Motivasi Kecemerlangan Siri II dan Diskusi Kitab pada 6 Mac 2015, bertempat di Dewan dan Surau Wisma Yayasan Sabah Kaherah (WYSK).     Para mahasiswa dan mahasiswi yang berkelapangan dijemput untuk bersama-sama menghadiri dan memeriahkan majlis ilmu tersebut bagi menambahkan ilmu pengetahuan.     Semoga program ini dapat dijalankan dengan lancar dan jayanya. Iklan disediakan oleh : Biro Akademik dan Hal Ehwal Pelajar (BAHEP) Badan Kebajikan Penuntut Sabah Mesir. Disediakan oleh, Unit Teknologi dan Maklumat, Biro Penerangan dan Penerbitan.

[MAKLUMAN] JADUAL KELAS TUTORIAL PROGRAM THE TRIUMPH SIRI II

Image
*Tertakluk kepada perubahan yang akan diumumkan oleh pihak BAHEP dari masa ke semasa. Diharap agar semua pelajar dapat merujuk kepada tutor-tutor yang telah ditetapkan. Makluman oleh : Biro Akademik dan Hal Ehwal Pelajar (BAHEP) Badan Kebajikan Penuntut Sabah Mesir. Disediakan oleh, Unit Teknologi dan Maklumat, Biro Penerangan dan Penerbitan.

[IKLAN] HARI BERTEMU PELANGGAN BERSAMA KEDUTAAN BESAR MALAYSIA KAHERAH

Image
KAHERAH, Mesir. Pada 3 Mac 2015, Kedutaan Besar Malaysia Kaherah dengan kerjasama Badan Kebajikan dan Wisma Yayasan Sabah Kaherah (WYSK) akan mengadakan HARI BERTEMU PELANGGAN. Pelbagai perkhidmatan akan disediakan sepanjang program tersebut. Semua ahli BKPSM dan semua mahasiswa Malaysia di Mesir dialu-alukan untuk menghadiri program ini.     Pada masa yang sama, program ini juga mempromosikan "Study In Malaysia" kepada warga Mesir dan pelajar asing yang lain untuk melanjutkan pelajaran di Malaysia. Oleh itu, kepada individu-individu yang mempunyai kenalan Mesir atau warga asing, bolehlah menguar-uarkan mengenai perkara ini. Disediakan oleh, Unit Teknologi dan Maklumat, Biro Penerangan dan Penerbitan.