Posts

Showing posts from February, 2015

[LAPORAN] PELANCARAN USRAH GABUNGAN 2015

Image
KAHERAH, Mesir. Pada 20 Februari 2015, Biro Dakwah dan Tarbiah (BDAT) telah mengadakan majlis Pelancaran Usrah Gabungan 2015, bertempat di surau Wisma Yayasan Sabah Kaherah (WYSK). Majlis ini merupakan kesinambungan bagi usrah-usrah gabungan yang telah diadakan pada sesi-sesi yang lalu.     Dasar pelaksanaan program adalah bagi memberi kefahaman Islam yang jelas kepada para mahasiswa, dengan berdasarkan sumber ilmu yang betul dan terpimpin. Selain itu, ianya juga berfungsi bagi mewujudkan ruang diskusi dan perkongsian bagi memperkasakan thaqafah selai n mengeratkan lagi tali silaturrahim sesama ahli BKPSM.     Bukan itu sahaja, Usrah Gabungan ini juga diharapkan dapat menjadi medan latihan bagi para mahasiswa supaya berani tampil kehadapan bagi berkongsi ilmu serta membentuk akhlak dan sahsiah soleh berasaskan sirah.     Majlis telah dimulakan dengan bacaan Al-Fatihah diikuti dengan bacaan ayat suci Al-Quran oleh Saudara Mohd Hamdie Hajiri. Seterusnya para hadirin disajikan den

[IKLAN] MAJLIS PELANCARAN BLOG BKPSM DAN MALAM SATU HATI

Image
KAHERAH, Mesir. Badan Kebajikan Penuntut Sabah Mesir dengan kerjasama Wisma Yayasan Sabah Kaherah akan mengadakan Majlis Pelancaran Blog BKPSM dan Malam Satu Hati pada 27 Februari 2015.     Majlis ini dikelolakan oleh Biro Sukan dan Kebudayaan (BSUK) dengan kerjasama Biro Penerangan dan Penerbitan dan akan diadakan bertempat di Maktabah Al-Marjan.     Semua ahli BKPSM dijemput hadir bagi sama-sama memeriahkan majlis ini. Disediakan oleh, Unit Teknologi dan Maklumat, Biro Penerangan dan Penerbitan.

[IKLAN] PELANCARAN USRAH GABUNGAN 2015

Image
KAHERAH, Mesir. Bertepatan dengan salah satu matlamat penubuhan BKPSM iaitu bagi melatih dan mempersiapkan para da'ei dan intelektual yang berkarisma dan berkaliber, Biro Dakwah dan Tarbiah (BDAT) akan mengadakan program Pelancaran Usrah Gabungan BKPSM pada 20 Februari ini, bertempat di surau Wisma Yayasan Sabah Kaherah (WYSK).     Pelancaran Usrah Gabungan ini merupakan pembuka kepada aktiviti usrah gabungan kelolaan BDAT bagi sesi ini, yang mana ianya akan diadakan secara berkala.. Merupakan kesinambungan bagi usrah gabungan pada sesi-sesi yang lalu, program ini dijalankan bertujuan untuk menanamkan perasaan cintakan usrah dan tarbiah dalam kalangan anak-anak Sabah, selain bagi mengeratkan kasih sayang dan ukhuwah sesama anak-anak Sabah, bersesuaian dengan konsep usrah itu sendiri.     Untuk Usrah Gabungan kali ini, tazkirah akan disampaikan oleh Saudara Mohd Adzlan bin Robinson dan Saudari Nurussakinah binti Melih, kedua-duanya merupakan penuntut di Universiti Al-Azhar Ka

[TEASER] PROGRAM 'THE TRIUMPH' SIRI II

Image
AKAN DATANG

[LAPORAN] HARI PUTERI 2015

KAHERAH, Mesir.  Mahasiswi Sabah telah menganjurkan Hari Puteri 2015 dengan kerjasama Biro Sukan dan Kebudayaan, Badan Kebajikan Penuntut Sabah Mesir  dan Yayasan Sabah. Kehadiran peserta bagi program ini lebih kurang 50 peserta. Program sehari ini telah dimulakan dengan solat Subuh berjemaah dan tausiyah Subuh pada pukul 5.30 pagi. Para peserta disajikan dengan sarapan pada pukul 7 pagi di Apartmen 5 sebelum diteruskan dengan sesi pendaftaran pada pukul 8.30 pagi di Perpustakaan Al-Marjan, Wisma Yayasan Sabah Kaherah yang dikendalikan oleh Unit Pengisian iaitu Siti Atiqah binti Md Jeofrey, Nurussakinah binti Melih dan Sanihah Syahirah binti Ku Othman. Program pada sebelah pagi dimulakan dengan WiSa’s Open Session , iaitu pengenalan AJK WiSa, bacaan Qarar oleh Ketua WiSa iaitu Siti Maryam binti Dicky dan Q & A iaitu sesi soal jawab. Program diteruskan pada pukul 10.30 pagi dengan aktiviti berkumpulan pertama iaitu ‘ Humpty Dumpty Bridge’  yang dikendalikan oleh Unit Pengis

[IKLAN] SEMINAR KEPIMPINAN, JATI DIRI DAN MAJLIS RAMAH MESRA BERSAMA PENGARAH YAYASAN SABAH (edited)

Image
KAHERAH, Mesir. Pada 13-14 Februari 2015, Yayasan Sabah dengan kerjasama Badan Kebajikan Penuntut Sabah Mesir (BKPSM) akan mengadakan program Seminar Kepimpinan, Jati Diri dan Majlis Ramah Mesra bersama Yang Berhormat Datuk Haji Sapawi bin Haji Ahmad, Pengarah Yayasan Sabah, bertempat di Sonesta Hotel Nasr City, Kaherah.     Pelajar-pelajar Sabah di Mesir yang ingin menyertai seminar tersebut hendaklah menghantar dokumen berikut ke bkpsm84@gmail.com sebelum 7 Februari ini :     1. Salinan muka depan passport dan visa terakhir.     2. Salinan kad pelajar (kad kuliah atau EME)     Semoga program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. Disediakan oleh, Unit Teknologi dan Maklumat Biro Penerangan dan Penerbitan.

[LAPORAN] PIALA BORNEO 2015

Image
KAHERAH, Mesir. Pada 28 hingga 31 Januari yang lalu, Badan Kebajikan Penuntut Sabah Mesir (BKPSM) dibawah kelolaan Biro Sukan dan Kebudayaan (BSUK) telah menganjurkan Kejohanan Piala Borneo Kali Pertama buat julung-julung kalinya. Kejohanan Piala Borneo merupakan acara sukan yang menyaksikan penganjuran kali pertama, program yang menghimpunkan anak-anak Borneo di seluruh Mesir iaitu dari Negeri Sabah, Negeri Sarawak, Negara Brunei Darussalam dan Kalimantan Indonesia. Kontinjen mahasiswa di Upacara Pembukaan     Kejohanan ini telah dilaksanakan dengan kerjasama Badan Kebajikan Penuntut Brunei Darussalam (BruCai), Ikatan Mahasiswa Sarawak (IMSAK) dan Keluarga Mahasiswa Kalimantan (KMKM), selain mendapat tajaan dari Yayasan Sabah. Kejohanan ini dianjurkan bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim sesama anak-anak Borneo yang menuntut di bumi Mesir selain menjadi medan mencungkil bakat dan kebolehan masing-masing. Dengan tema 'Pemangkin Perpaduan Serantau', kejohana

[IKLAN] HARI PUTERI 2015

Image
KAHERAH, MESIR. Untuk yang kesekian kalinya, Mahasiswi Sabah (WISA) tampil lagi dengan program tahunan istimewa buat semua mahasiswi Sabah di Mesir, iaitu program Hari Puteri. Bezanya, Hari Puteri kali ini cuma akan diisi dengan aktiviti-aktiviti indoor berbentuk ilmiah dan santai, tanpa aktiviti luar iaitu riadah, sukaneka dan acara sukan. Hal ini berikutan Piala Borneo baru sahaja melabuhkan tirainya pada 31 Januari lalu, dan WISA telah mengambil inisiatif agar para mahasiswi mengambil bahagian dalam sesi latihan yang dijalankan untuk para atlet yang mewakili kontinjen Sabah dalam kejohanan Piala Borneo. Antara aktiviti menarik yang akan diadakan sepanjang Hari Puteri nanti ialah :  1. WISA's Open Session     - Pembentangan Qarar WISA     - Pengenalan AJK WISA     - Sesi Soal Jawab 2. Aktiviti Santai     - 'Humpty Dumpty Bridge'     - 'Don't Break The Circle'     - 'Potong Lalang Song' 3. Aktiviti Dalam Kumpulan (LDK)