Posts

Showing posts with the label BPP

[MAKLUMAN] Peraduan Foto Popular 2016

Image
Disediakan oleh : Unit Teknologi dan Maklumat Biro Penerangan dan Penerbitan

[HEBAHAN] Pencarian Karya Kreatif Untuk Majalah Anugerah Edisi ke-6

Image
Assalamualaikum warahmatullah.     Makluman kepada ahli BKPSM yang berminat berkongsi karya dan hasil kreativiti anda untuk dimuatkan dalam MAJALAH ANUGERAH edisi ke-7 boleh terus berhubung dengan wakil seperti yang tertera di dalam iklan.     Hantar hasil karya dan artikel anda sebelum 22/8/2016. Karya anda boleh menggunakan Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia dan Bahasa Arab. Disediakan oleh : Unit Teknologi dan Maklumat Biro Penerangan dan Penerbitan

MAJALAH IQRA EDISI MAC 2015

Image
Assalamualaikum warahmatullah. Majalah Iqra Edisi Mac kini terbit! Menampilkan artikel dan karya hebat hasil tulisan anak-anak Sabah di bumi Mesir, Majalah Iqra kini menemui anda dengan penuh informasi yang padat dan menarik. Klik di pautan berikut untuk membaca :  MAJALAH IQRA EDISI MAC 2015

MAJALAH IQRA' FEBRUARI 2015 (EDISI TERTANGGUH)

Image
      Setelah sekian lama menghilang, Majalah Iqra' terbitan Biro Penerangan dan Penerbitan (BPP) kini kembali bagi mengisi masa lapang anda.       Memuatkan laporan pelbagai program terdahulu serta artikel-artikel menarik, sesuai dijadikan bahan bacaan masa senggang anda!     Untuk membaca, klik di pautan ini :  Majalah Iqra Februari 2015 . Disediakan oleh, Unit Teknologi dan Maklumat, Biro Penerangan dan Penerbitan.

[LAPORAN] MAJLIS PELANCARAN BLOG BKPSM DAN MALAM SATU HATI

Image
    KAHERAH, Mesir. Pada 27 Februari lalu, Badan Kebajikan Penuntut Sabah Mesir (BKPSM) telah menganjurkan Majlis Pelancaran Blog BKPSM dan Malam Satu Hati bertempat di Perpustakaan Al-Marjan, Wisma Yayasan Sabah Kaherah (WYSK). Majlis Pelancaran Blog BKPSM merupakan program “Kepentingan Satu” (K1) di bawah kelolaan AJKT BKPSM secara terus manakala Malam Satu Hati merupakan program “Kepentingan Dua” (K2) di bawah kelolaan Biro Sukan Dan Kebudayaan (BSUK).          Majlis dimulakan seawal pukul 7.50 malam dengan para hadirin disajikan dengan tayangan filem animasi 'Big Hero 6' bertempat di  sutuh  ( rooftop ) WYSK.     Pada pukul 9.20 malam, hadirin dipersilakan masuk ke dalam perpustakaan bagi memberi laluan kepada Majlis Pelancaran Blog dan Perasmian Malam Satu Hati. Ustaz Sabli bin Aliju, pegawai Wisma Yayasan Sabah Kaherah tiba diiringi Yang di-Pertua BKPSM, Saudara Pg Mohd Hanif Ag Omar dan barisan AJKT. Majlis ...

[IKLAN] MAJLIS PELANCARAN BLOG BKPSM DAN MALAM SATU HATI

Image
KAHERAH, Mesir. Badan Kebajikan Penuntut Sabah Mesir dengan kerjasama Wisma Yayasan Sabah Kaherah akan mengadakan Majlis Pelancaran Blog BKPSM dan Malam Satu Hati pada 27 Februari 2015.     Majlis ini dikelolakan oleh Biro Sukan dan Kebudayaan (BSUK) dengan kerjasama Biro Penerangan dan Penerbitan dan akan diadakan bertempat di Maktabah Al-Marjan.     Semua ahli BKPSM dijemput hadir bagi sama-sama memeriahkan majlis ini. Disediakan oleh, Unit Teknologi dan Maklumat, Biro Penerangan dan Penerbitan.

PERTANDINGAN FOTO POPULAR

Image
Pertandingan ini dianjurkan oleh Biro Penerangan dan Penerbitan, merupakan aktiviti yang julung-julung kali diadakan. Iklan mengenai pertandingan ini mula dikeluarkan pada 9 mac 2014 di laman rasmi facebook BKPSM. Sebarang penyertaan diterima sehinggalah 19 mac 2014. Pihak penganjur kemudian memaparkan foto para peserta di page BKPSM I pada 20 mac 2014, dan pertandingan pun bermula pada 21 hingga 28 mac 2014. Setelah pengiraan 'like' terbanyak, maka berikut adalah urutan para pemenang, dengan pemenang pertama menerima hadiah berupa wang tunai le150, pemenang kedua menerima le100 dan pemenang ketiga le50. semua peserta akan diberikan  sijil. 1-Mohd Hasif Marsuki dengan 483 likes 2-Muhammad Hafizzuddin Awang dengan 252 likes 3-Afriyanti Harman dengan 211 likes 4-Nur Atillah Jasnih dengan 146 likes 5-Norziana Nazreen Saini dengan 117 likes 6-Sri wahyuni Abi dengan 114 likes 7-Ridwan Iskandar dengan 103 likes 8-Mohammad Fikri Putung dengan 83 likes 9-Muhammad Abir...