Weblog Rasmi BKPSM : Wajah Baru Kita.



    Sejajar dengan usaha menjenamakan semula Badan Kebajikan Penuntut Sabah Mesir (BKPSM), Biro Penerangan dan Penerbitan (BPP) BKPSM telah mengemaskini dan membuat beberapa perubahan pada Blog Rasmi BKPSM, termasuklah menukar nama blog kepada Weblog Rasmi BKPSM dan mengubah url blog ini kepada url yang lebih mesra enjin carian.

    Perubahan yang dibuat bertujuan untuk menyediakan satu laman blog yang lebih mesra ahli, mudah diakses selain menjadi medium informasi yang turut bertindak sebagai arkib dan laman hebahan semasa. Bukan itu sahaja, perubahan pada reka letak juga adalah bertujuan memudahkan pengunjung mengakses pautan-pautan yang disediakan dengan lebih mudah dan selesa. 

    Justeru, pihak Biro Penerangan dan Penerbitan (BPP) akan sentiasa memantau, mengemaskini dan memperbaiki segala kekurangan yang ada dalam Weblog ini. 

    Kami dari Biro Penerangan dan Penerbitan (BPP) berharap supaya semua pengunjung, sama ada ahli BKPSM ataupun bukan ahli, akan sentiasa memberi sokongan dan galakan, selain menyampaikan teguran dan nasihat sekiranya berlaku ralat dan kecuaian.

Selamat melayari Weblog Rasmi BKPSM!


Skuad Editorial,
Unit Teknologi dan Maklumat,
Biro Penerangan dan Penerbitan.

Comments

Popular posts from this blog

BIRO PENERANGAN DAN PENERBITAN (BPP) BKPSM SESI 2016/2017

BIRO DAKWAH DAN TARBIAH (BDAT) BKPSM SESI 2016/2017

BIRO SUKAN DAN KEBUDAYAAN (BPP) BKPSM SESI 2016/2017