[LAPORAN DAN ARKIB] Majlis Penutupan Program El-Faslu El-Markazi Imtihan Qabul 2014

[Laporan Program]
Assalamualaikum W.B.T
    Alhamdulillah selesai sudah program El-Faslu El Markazi Imtihan Qabul 2014 pada majlis penutupan pukul 8 malam tadi.
    Setinggi-tinggi ucapan penghargaan kepada barisan AJKT BKPSM sesi kali ini terutama kepada Ustaz Pg Mohd Dhamiri yang bertindak sebagai Pengarah program dan kepada Ustaz Pg Mohd Hanif selaku penasihat program. Seterusnya, terima kasih diucapkan kepada Ustaz Sabli Bin Aliju kerana sudi hadir sebagai tetamu VIP pada majlis penutupan program ini.
    Tidak dilupa juga kepada semua penyampai slot dan mentor yang telah memberikan input yang berguna serta berhempas pulas untuk memberikan kefahaman kepada peserta.
    Ucapan tahniah kepada saudara Mohd Fauzan Adzim Bin Mazania kerana berjaya mendapat markah tertinggi dalam Ujian Percubaan Imtihan Qabul dengan markah keseluruhan sebanyak 73.
    Semoga semua peserta mendapat input yang berguna sepanjang program ini berlangsung seterusnya dapat menjawab soalan peperiksaan Imtihan Qabul dengan hati yang lapang dan lebih bersedia. Insya'Allah.
Sekian, Assalamualaikum W.B.T

Jawatankuasa Pelaksana,
Program El-Faslu El Markazi Imtihan Qabul 2014

[ARKIB]

                  




                     





Comments

Popular posts from this blog

BIRO PENERANGAN DAN PENERBITAN (BPP) BKPSM SESI 2016/2017

BIRO DAKWAH DAN TARBIAH (BDAT) BKPSM SESI 2016/2017

BIRO SUKAN DAN KEBUDAYAAN (BPP) BKPSM SESI 2016/2017