[LAPORAN] Majlis Malam Penghargaan dan Pelancaran SMS


Para graduan bergambar kenangan.

KAHERAH, Mesir. Pada 4 Disember yang lalu, Badan Kebajikan Penuntut Sabah Mesir telah menganjurkan program Majlis Malam Penghargaan dan Pelancaran Sambutan Mahasiswa/I baru Sabah (SMS) 2014, bertempat di Restoran El-Saraya, Nile, Zamalik.

    Majlis Malam Penghargaan merupakan satu inisiatif BKPSM bagi memberikan aspresiasi kepada graduan-graduanita Universiti Al-Azhar seluruh Mesir yang telah berjaya menamatkan pengajian. Sambutan Mahasiswa/I baru Sabah (SMS) pula adalah program orientasi yang diadakan khusus untuk pelajar-pelajar baru.
Persembahan puisi oleh mahasiswi baru.
Pelajar-pelajar baru (mahasiswa)

    Majlis dimulakan dengan ucapan laungan zikir Asmaul Husna, nyanyian lagu Negaraku, Sabah Tanah Airku dan lagu BKPSM. Majlis diteruskan dengan ucapan wakil pelajar baru, Saudara Mohd Fauzan Adzim Mazania dan wakil graduan, Ustaz Amrullah Amiruddin. Seterusnya, ucapan perasmian disampaikan oleh Saudara Pg. Mohd Hanif Ag Omar selaku Yang di-Pertua BKPSM sesi 2014/2015.

    Majlis diserikan lagi dengan persembahan pelajar-pelajar baru. Kemuncak majlis adalah penyampaian sijil anugerah kepada para graduan, diikuti dengan jamuan.

    Semoga program Malam Penghargaan ini akan dapat diadakan lagi pada tahun-tahun seterusnya bagi memberikan penghargaan kepada mahasiswa mahasiswi Sabah Mesir yang telah berjaya menamatkan pengajian sekaligus menjadi inspirasi kepada mahasiswa mahasiswi lainnya.


Laporan oleh :
Jabatan Setiausaha,
Badan Kebajikan Penuntut Sabah Mesir



Disediakan oleh,
Unit Teknologi dan Maklumat,
Biro Penerangan dan Penerbitan.

Comments

Popular posts from this blog

BIRO PENERANGAN DAN PENERBITAN (BPP) BKPSM SESI 2016/2017

BIRO DAKWAH DAN TARBIAH (BDAT) BKPSM SESI 2016/2017

BIRO SUKAN DAN KEBUDAYAAN (BPP) BKPSM SESI 2016/2017