[LAPORAN] SAMBUTAN MAHASISWA/I BARU SABAH (SMS) SESI 2014/2015


KAHERAH, Mesir. Seperti pada tahun-tahun sebelumnya, kedatangan mahasiswa dan mahasiswi baru ke bumi Mesir amat dinanti-nantikan. BKPSM akan sedaya upaya menyediakan yang terbaik bagi memberi input dan pendedahan awal kepada mereka bagi meneruskan kehidupan sebagai penuntut ilmu. Justeru, bagi sesi ini BKPSM sekali lagi telah menerima kedatangan seramai 10 orang pelajar baru yang akan menuntut dalam pelbagai jurusan.

    Program Sambutan Mahasiswa/I Baru Sabah (SMS) kali ini diadakan selama 5 hari iaitu pada 4 - 8 Disember 2014. Pelbagai aktiviti dan pengisian menarik telah disusun sesuai dengan keperluan pelajar-pelajar baru termasuklah slot pengenalan Ahli Jawatankuasa Tertinggi BKPSM, slot pengenalan Al-Azhar, slot Kesihatan dan Keselamatan serta slot Pengenalan Bahasa Arab 'Ammiyah.


Slot Pengenalan AJKT BKPSM sesi 2014/2015
    

Slot Pengenalan Bahasa Arab 'Ammiyah
oleh Ustaz Amrullah Amirudin

   
Selain itu, turut diadakan aktiviti berkumpulan dalam bentuk LDK dan perkongsian bersama fasilitator. Turut diadakan juga sesi muhasabah dan permainan ringkas. Seramai 4 orang fasilitator dari kalangan pelajar senior telah dilantik bagi membimbing pelajar-pelajar baru ini.

 

    Pada tanggal 7 Disember, para pelajar telah dibawa melawat tempat-tempat bersejarah di sekitar kota Kaherah termasuklah makam para auliya', Tugu Anwar Sadat dan Piramid Giza. 

Para peserta di Tugu Anwar Sadat

Peserta SMS dan jawatankuasa pelaksana



    Hari terakhir program menyaksikan para pelajar menduduki peperiksaan Imtihan Qabul yang akan menentukan sama ada mereka layak memasuki tahun pertama pengajian ataupun menjalani kelas Bahasa Arab di Markaz Lughah Universiti Al-Azhar. Pada malam harinya diadakan Majlis Penutupan yang dirasmikan oleh pegawai Yayasan Sabah di Kaherah, Ustaz Sabli bin Aliju. 

Di Piramid Giza
    Ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini terutamanya barisan jawatankuasa pelaksana, fasilitator, para peserta dan ahli BKPSM sekalian. Semoga program SMS ini berjaya mencapai matlamat yang disasarkan serta dapat dilaksanakan lagi pada tahun-tahun akan datang.



Laporan oleh :
Jabatan Setiausaha,
Badan Kebajikan Penuntut Sabah Mesir



Disediakan oleh,
Unit Teknologi dan Maklumat,
Biro Penerangan dan Penerbitan.

Comments

Popular posts from this blog

BIRO PENERANGAN DAN PENERBITAN (BPP) BKPSM SESI 2016/2017

BIRO DAKWAH DAN TARBIAH (BDAT) BKPSM SESI 2016/2017

BIRO SUKAN DAN KEBUDAYAAN (BPP) BKPSM SESI 2016/2017