[LAPORAN] KELAS TUTORIAL 'THE TRIUMPH' SIRI I


KAHERAH, Mesir. Sebagai sebuah badan kebajikan yang menaungi anak-anak Sabah di Mesir, Badan Kebajikan Penuntut Sabah Mesir (BKPSM) sentiasa mengambil berat dan memantau perihal perkembangan akademik ahli-ahlinya yang menuntut dalam pelbagai bidang di beberapa buah universiti di Mesir.

    Justeru, bagi mendukung prinsip sebuah badan kebajikan yang sentiasa cakna akan hal ini, BKPSM dibawah kelolaan Biro Akademik dan Hal Ehwal Pelajar (BAHEP) telah melaksanakan sebuah program berbentuk kelas bimbingan dan tutorial 'THE TRIUMPH ' siri pertama yang bertujuan bagi membantu mahasiswa dan mahasiswi Pengajian Islam khususnya dalam pembelajaran. Program ini dimulakan pada awal bulan Disember sehingga menjelang peperiksaan semester pertama.



    Program ini dijalankan dalam bentuk belajar berkumpulan (study group) dengan dibimbing oleh seorang tutor, yang juga dari kalangan pelajar. Selain membuka peluang kepada pelajar untuk berdiskusi, program tutorial ini juga memberi penekanan kepada matapelajaran dan bab yang agak sukar difahami semasa sesi muhadharah di kampus masing-masing.

    Semoga pelaksanaan program Kelas Tutorial 'The Triumph' dapat memberi manfaat yang besar kepada para mahasiswa dan mahasiswi.



Laporan oleh :
Biro Akademik dan Hal Ehwal Pelajar (BAHEP)


Disediakan oleh,
Unit Teknologi dan Maklumat,
Biro Penerangan dan Penerbitan,

Comments

Popular posts from this blog

BIRO PENERANGAN DAN PENERBITAN (BPP) BKPSM SESI 2016/2017

BIRO DAKWAH DAN TARBIAH (BDAT) BKPSM SESI 2016/2017

BIRO SUKAN DAN KEBUDAYAAN (BPP) BKPSM SESI 2016/2017