[IKLAN] PIALA BORNEO KALI KE-1


KAHERAH, Mesir. Buat julung-julung kalinya, Badan Kebajikan Penuntut Sabah Mesir dengan kerjasama Yayasan Sabah Kaherah akan menganjurkan kejohanan Piala Borneo Kali ke-1. Kejohanan ini yang akan menyaksikan penyertaan 4 wilayah di kepulauan Borneo iaitu Sabah, Sarawak, Negara Brunei Darussalam dan Kalimantan Indonesia akan diadakan bermula pada 28 Januari dan berakhir pada 31 Januari 2015.

    Meskipun kejohanan Piala Borneo ini kali pertama yang diadakan seumpamanya, pihak penganjur iaitu Badan Kebajikan Penuntut Sabah Mesir sendiri sentiasa berusaha untuk memastikan penganjuran kali ini berjalan dengan sebaiknya.


    Kejohanan Piala Borneo ini akan dimulakan dengan upacara pembukaan (opening ceremony) yang akan diadakan di Nadi Syabab, Hayyu Sadis Madinat Nasr, Kaherah pada 28 Januari.

    Hari pertama kejohanan akan menyaksikan pasukan yang bertanding berentap bagi merebut gelaran juara dalam acara Bowling dan Pingpong yang akan diadakan di International Bowling Centre (IBC) Salah Salem. Manakala pada malam harinya pula akan berlangsung pertandingan dalam acara Snooker yang akan berlangsung di Tiba Mall, Awwal Abbas.


    Manakala pada hari kedua akan diadakan pertandingan bagi acara Bola Jaring, Bola Tampar dan Futsal bermula pukul 8.00 pagi, serta acara badminton bermula pukul 12.00 tengahari bertempat di Nadi Syabab Hayyu Sadis.

    Upacara Penutupan (Closing Ceremony) pula akan diadakan pada 31 Januari 2015 di venue yang akan dimaklumkan kemudian.

    Badan Kebajikan Penuntut Sabah Mesir mengalu-alukan kehadiran semua ahli yang berada di Mesir di hari kejohanan bagi memberi semangat dan sokongan padu kepada atlet dari kontinjen Sabah serta atlet-atlet yang mewakili kontinjen lainnya.

Semoga kejohanan Piala Borneo kali ke-1 ini akan berlangsung dengan jayanya.

'PEMANGKIN PERPADUAN SERANTAU'


Tonton video teaser di sini : TEASER 1 & TEASER 2



Disediakan oleh,
Unit Teknologi dan Maklumat,
Biro Penerangan dan Penerbitan.

Comments

Popular posts from this blog

BIRO PENERANGAN DAN PENERBITAN (BPP) BKPSM SESI 2016/2017

BIRO DAKWAH DAN TARBIAH (BDAT) BKPSM SESI 2016/2017

BIRO SUKAN DAN KEBUDAYAAN (BPP) BKPSM SESI 2016/2017