[LAPORAN] MAULID NABI (SAW) DAN MALAM CINTA RASUL
KAHERAH, Mesir. Bersempena dengan hari kelahiran junjungan besar kita Nabi Muhammad (SAW), Biro Dakwah dan Tarbiah (BDAT) telah mengadakan program Maulid Nabi (SAW) dan Malam Cinta Rasul pada 3 Januari yang lalu, bertempat di surau Wisma Yayasan Sabah Kaherah (WYSK).
Majlis dimulakan dengan bacaan selawat dan juga alunan burdah qasidah yang diketuai oleh saudara Ahmad Hamdie juga diiringi oleh semua hadirin yang hadir pada malam itu. Antara qasidah yang dialunkan adalah Qasidah Salaamun Salaam,A ssalaamualaik dan Ya Robbi bil Mustofa dan banyak lagi.
Seterusnya majlis diserikan dengan penyampaian tausiyah oleh Ustaz Masri bin Mohd Rosdi, graduan Syariah Islamiah Universiti Al-Azhar Dumyat. Tausiyah yang disampaikan bersesuaian dengan tema Malam Cinta Rasul yang mendefinisikan sirah Rasulullah (SAW) dalam segenap aspek.
Kemudian, majlis diteruskan dengan pembacaan ratib yang dikenali dengan 'Ratibul Haddad'. Ianya merupakan himpunan hadith-hadith Rasulullah yang disusun sendiri oleh Alhabib Abdullah bin Alwi Alhaddad, seorang ulama' yang masyhur dengan kebijaksanaan dan kesufiannya dalam agama Islam. Beliau merupakan seorang ilmuan yang tersohor pada zamannya di Tarim, Hadramaut. Beliau juga dikenali sebagai Imam Alhaddad.
Meskipun masih berada dalam tempoh peperiksaan, kehadiran mahasiswa dan mahasiswi kali ini amat memberangsangkan.
Semoga dengan usaha BDAT ini, semua hadirin dapat menambahkan rasa kecintaan terhadap junjungan besar Nabi Muhammad (SAW), selain mendapat keberkatan dan keredhaan Allah SWT.
Laporan oleh :
Biro Dakwah dan Tarbiah (BDAT)
Disediakan oleh,
Unit Teknologi dan Maklumat
Biro Penerangan dan Penerbitan.
Comments
Post a Comment