[LAPORAN] PELANCARAN USRAH GABUNGAN 2015
KAHERAH, Mesir. Pada 20 Februari 2015, Biro Dakwah dan Tarbiah (BDAT) telah mengadakan majlis Pelancaran Usrah Gabungan 2015, bertempat di surau Wisma Yayasan Sabah Kaherah (WYSK). Majlis ini merupakan kesinambungan bagi usrah-usrah gabungan yang telah diadakan pada sesi-sesi yang lalu. Dasar pelaksanaan program adalah bagi memberi kefahaman Islam yang jelas kepada para mahasiswa, dengan berdasarkan sumber ilmu yang betul dan terpimpin. Selain itu, ianya juga berfungsi bagi mewujudkan ruang diskusi dan perkongsian bagi memperkasakan thaqafah selai n mengeratkan lagi tali silaturrahim sesama ahli BKPSM. Bukan itu sahaja, Usrah Gabungan ini juga diharapkan dapat menjadi medan latihan bagi para mahasiswa supaya berani tampil kehadapan bagi berkongsi ilmu serta membentuk akhlak dan sahsiah soleh berasaskan sirah. Majlis telah dimulakan dengan bacaan Al-Fatihah diikuti dengan bacaan ayat suci Al-Quran oleh Saudara Mohd Hamdie Hajiri. Seterusn...