KAHERAH, Mesir. Buat julung-julung kalinya, Badan Kebajikan Penuntut Sabah Mesir dengan kerjasama Yayasan Sabah Kaherah akan menganjurkan kejohanan Piala Borneo Kali ke-1. Kejohanan ini yang akan menyaksikan penyertaan 4 wilayah di kepulauan Borneo iaitu Sabah, Sarawak, Negara Brunei Darussalam dan Kalimantan Indonesia akan diadakan bermula pada 28 Januari dan berakhir pada 31 Januari 2015. Meskipun kejohanan Piala Borneo ini kali pertama yang diadakan seumpamanya, pihak penganjur iaitu Badan Kebajikan Penuntut Sabah Mesir sendiri sentiasa berusaha untuk memastikan penganjuran kali ini berjalan dengan sebaiknya. Kejohanan Piala Borneo ini akan dimulakan dengan upacara pembukaan (opening ceremony) yang akan diadakan di Nadi Syabab, Hayyu Sadis Madinat Nasr, Kaherah pada 28 Januari. Hari pertama kejohanan akan menyaksikan pasukan yang bertanding berentap bagi merebut gelaran juara dalam acara Bowling dan Pingpong yang akan diadakan di ...