Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh ( Biro Penerangan Dan Penerbitan ) Biro Penerangan dan Penerbitan atau singkatannya (BPP) secara ringkasnya adalah sebuah biro yang bertanggungjawab dalam mengendalikan sebarang agenda hebahan atau pengiklanan sama ada berbentuk poster mahupun kenyataan. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai apakah bidang tugas biro ini dan juga siapakah ahli jawatankuasa kerja biro ini sila rujuk pada poster berikut. "من اطراف الاصابع الى العالم" "FROM THE FINGERTIPS TO THE WORLD" 'Tak Kenal Maka Tak Cinta' Ketua BIRO : Satria Bin Ali Timbalan Ketua BIRO : Nurul Syamidah Binti Jasnin
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Alhamdulillah...mahasiwa baharu sabah sesi 2017/2018 telah selamat tiba ke bumi mesir pada 26 April 2017. Seramai 33 org pelajar yang bakal melanjutkan pelajaran ke universiti Al-azhar. Doakan semoga perjalanan mereka disini dipermudahkan oleh Allah SWT. 'MEMANTAP KEILMUAN MEMPERKASA KEPIMPINAN'
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Biro Dakwah Dan Tarbiah (BDAT) Biro Dakwah dan Tarbiah (BDAT) merupakan sebuah biro yang bertanggungjawab dalam merancang dan melaksanakan aktiviti kerohanian, keagamaan dan dakwah. Walaupun dilihat mempunya bidang tugas yang sedikit namun biro ini memainkan peranan yang cukup besar di dalam persatuan. Menjadi keutamaan biro ini untuk mengadakan program yang mampu membentuk sahsiah serta melahirkan para da'i yang berkaliber. 'خير الناس انفعهم للناس' 'Tak Kenal Maka Tak Cinta'
Comments
Post a Comment