Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Alhamdulillah...mahasiwa baharu sabah sesi 2017/2018 telah selamat tiba ke bumi mesir pada 26 April 2017. Seramai 33 org pelajar yang bakal melanjutkan pelajaran ke universiti Al-azhar. Doakan semoga perjalanan mereka disini dipermudahkan oleh Allah SWT. 'MEMANTAP KEILMUAN MEMPERKASA KEPIMPINAN'
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Alhamdulillah, bersyukur atas segala nikmat yang diberikan oleh Allah S.W.T. Sekali lagi alhamdulillah, kita bertemu di bulan mulia yang penuh barakah ini iaitu bulan Ramadhan dimana kita sebagai umat islam wajib menunaikan rukun islam yang ketiga ( Berpuasa di bulan Ramadhan ). Kami daripada Badan Kebajikan Penuntut Sabah Mesir mengucapkan selamat berpuasa buat semua kaum muslimin dan muslimat terutama keluarga yang berada di Sabah dan sahabat-sahabat perantau yang berjuang di bumi kinanah ini. Semoga kita semua dapat beramal dengan baik dan mengambil ibrah daripada bulan yang mulia ini. Salam Ramadhan daripada kami yang berada di perantauan ini! Ramadhan Kareem!
Comments
Post a Comment