KAHERAH, Mesir. Pada 3 Mac 2015, Kedutaan Besar Malaysia Kaherah dengan kerjasama Badan Kebajikan dan Wisma Yayasan Sabah Kaherah (WYSK) akan mengadakan HARI BERTEMU PELANGGAN. Pelbagai perkhidmatan akan disediakan sepanjang program tersebut. Semua ahli BKPSM dan semua mahasiswa Malaysia di Mesir dialu-alukan untuk menghadiri program ini. Pada masa yang sama, program ini juga mempromosikan "Study In Malaysia" kepada warga Mesir dan pelajar asing yang lain untuk melanjutkan pelajaran di Malaysia. Oleh itu, kepada individu-individu yang mempunyai kenalan Mesir atau warga asing, bolehlah menguar-uarkan mengenai perkara ini. Disediakan oleh, Unit Teknologi dan Maklumat, Biro Penerangan dan Penerbitan.